November 25, 2024

Search
Close this search box.

UTM raih 1 Best Award dan 6 emas di MTE 2014

DSC_8877 baruJOHOR BAHRU, 22 Februari 2014 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya meraih satu Best Award, enam Emas, sembilan Perak dan 10 gangsa di Malaysia Technology Expo 2014 (MTE) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang berakhir hari ini.

Prof. Madya. Dr. Sharidan bin Shafie daripada Fakulti Sains memenangi Anugerah Terbaik menerusi produknya “Algorithm of Boundary Layer Flow in Viscoelastic Fluid (BLFV). Beliau turut memenangi emas bagi produk yang sama.

Lima lagi pingat emas diperolehi oleh Dr. Dayang Hajah Tiawa Awang Hj Hamid,  Dr. Yeong Che Fai, Ir. Dr. Saiful Amri bin Mazlan, Prof. Madya.  Dr. Rusmidah Ali dan  Dr. Chong Cheng Tung.

Antara produk-produk yang telah memenangi pingat emas ialah Algorithm of Boundary Layer Flow in Viscoelastic Fluid (BLFV), Badminton Agility Training and Testing Device (BATTD), Compact Rehabilitation Robot, Compact Magnetorheological (MR) Valve, A Novel Grucat for Co2 Methanation in Natural-Flue Gases dan  Carbon Nanotubes Production using Rich Flame.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar bin Mohamad Diah.

UTM mempamerkan sebanyak 26 produk di pameran yang bermula dari 20 Februari lalu.

Download statistic

Explore More