JOHOR BAHRU, 2 Oktober– Pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM Evolt) berjaya memenangi dua hadiah Cabaran Mobiliti Hijau Proton (PGMC 2012) di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.
UTM yang diwakili oleh pelajar dan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik mempertaruhkan jentera Mizz EV memenangi hadiah bagi kategori Inovasi Terbaik dan Kejuruteraan Kenderaan Elektrik Terbaik yang menawarkan hadiah wang tunai RM3,000 bagi setiap kategori.
PGMC 2012 yang julung kali dianjurkan oleh pengeluar kereta nasional Proton dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) berlangsung selama dua hari pada 6 dan 7 Oktober 2012.
http://www.utm.my/news-clipping/2014/01/20/utm-menang-dua-hadiah-cabaran-mobiliti-hijau-proton-may-2013/