Disember 29, 2024

30 April 2013, Johor Bahru – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima kunjungan Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kiswire Limited, Korea,  Mr Hong, Young-Chul bersama 4 orang delegasi terdiri dari Pegawai-Pegawai Kanan Kiswire Ltd. Lawatan ini bertujuan untuk perbincangan pelung-peluang  kerjasama di antara kedua  belah pihak dalam pelbagai aspek  antaranya kemudahan R & D dan pembangunkan teknologi inovasi serta perhubungan yang lebih rapat pada masa depan. Prof.  Ir. Dr. Zaini Ujang,  Naib Canselor UTM menjelaskan bahawa  penekanan kepada kerjasama sedang dan akan dilaksanakan oleh UTM dengan beberapa universiti terkemuka dunia, inisiatif endowmen dan perkembangan program pengajian pasca ijazah. Turut hadir semasa  sesi perbincangan ialah Prof. Ir. Dr Mohd Azraai kassim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ir. Dr Wahid Omar, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Mohd Ismail Abd Aziz, Timbalan Naib Canselor  (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, Sharifah Alwiah Syed Alwi, Bendahari, Prof. Dr. Ahmad Fauzi, Dekan Research Alliance (Material), Prof. Ir. Dr. Abu Bakar, Dekan Research Alliance (Infocomm) dan Azham Ramli, Timbalan Pendaftar Kanan Canseleri.

Intipati-intipati perbincangan dua hala merangkumi:

  • Cadangan pemberian endowmen kepada UTM
  • Kerjasama menjalankan penyelidikan
  • Kursus-kursus akademik dan pembangunan profesional yang dijalankan UTM untuk staf Kiswire
  • Peluang mahasiswa UTM menjalani Latihan Praktikal/Latihan Industri di Kiswire
  • Pengambilan graduan UTM sebagai tenaga kerja Kiswire.
  • Program motivasi dan kerjaya kepada mahasiswa UTM oleh staf Kiswire

Pihak Kiswire menunjukkan hasrat untuk memberi sumbangan endowmen kepada UTM khususnya dalam pembiayaan Kursi/Profesor ( Chair) dan Projek Menara Endowmen dengan menamakan Kiswire pada bangunan dan makmal-makmal UTM. Delegasi Kiswire juga mengambil peluang untuk membuat lawatan bagi meninjau kemudahan universiti termasuk fakulti, makmal dan penginapan mahasiswa.  Mr Hong Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kiswire Ltd. mengalu-alukan staf dan mahasiswa UTM melawat kilang Kiswire di Korea bagi melihat sendiri produk-produk yang dihasilkan.

Delegasi Kiswire Ltd melawat Pejabat Research Alliances, UTM Johor Bahru

Explore More