November 23, 2024

Search
Close this search box.
Penyelidik UTM bersama sijil kemenangan masing-masing di PWTC.

KUALA LUMPUR 23 Feb- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencatat kemenangan besar apabila memenangi 11 pingat emas, 11 pingat perak dan 9 pingat gangsa di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2013 yang berakhir Sabtu lalu.

Kejayaan itu lebih bemakna apabila dua pensyarah UTM dipilih sebagai penerima anugerah Best of The Best selain semua 31 produk yang dipertandingkan memenangi pingat.

Penerima anugerah Best of The Best, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan, Dr Faizah Abdul Ghani yang menghasilkan produk Model Sayangku: An Islamic Psychological Intervention Programme yang dibangunkan untuk menangani masalah remaja yang terjebak dalam aktiviti seks bebas.

Manakala Prof. Madya Dr Hazlina Selamat dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik memenangi anugerah khas dengan membangunkan unit kawalan elektronik untuk bahan api retrofit suntikan kit untuk enjin karburetor (Retrofit ECU (Electronic Control Unit) for Carbureted Engines).

Masing- masing membawa pulang wang tunai RM1,000.00, trofi dan sijil.

Selain itu, UTM turut memenangi anugerah Ruang Pameran Terbaik .

Kejayaan UTM memenangi 11 pingat emas, 11 pingat perak dan 9 pingat gangsa, mengulangi kejayaan tahun 2012 dan mendahului institusi pengajian tinggi di negara ini dalam pungutan pingat.

MTE 2013, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur bermula dari 21 hingga 23 Februari 2013, menyaksikan sebanyak 440 produk penyelidikan rekacipta tempatan dan antarabangsa telah dipamerkan.

MTE merupakan satu medan mempamerkan produk penyelidikan dan pembangunan institusi penyelidikan di Malaysia, selain merupakan lokasi strategik antara industri dan penyelidik bertemu.

Kejayaan ini membuktikan hasil penyelidikan UTM telah diterima dan diiktiraf serta dalam masa yang sama mampu pergi lebih jauh, terutama  bagi memasuki peringkat pengkomersilan pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para penyelidik UTM yang telah berusaha gigih berjaya mengharumkan nama UTM dalam pertandingan pada kali ini.

Naib Canselor, Dato’ Seri Profesor Dr Zaini Ujang dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profeosr Ir Dr Mohd Azraai Kassim mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan MTE 2013.

Semoga kejayaan ini diharap dapat mendorong warga penyelidik UTM untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai kegemilangan pada masa hadapan dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang bermutu tinggi.

Produk penyelidikan berkenaan diharap dapat dimanafaatkan oleh masyarakat sejagat seterusnya menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara melalui  proses pengkomersialan.

SENARAI PENUH KEPUTUSAN MTE 2013

Pingat Emas

  1. Metal Oxide Surge Arrester Monitor (MOSAM)- Prof. Madya Dr. Zulkurnain Abd. Malek
  2. MODEL SAYANGKU: An Islamic Psychological Intervention Programme-Dr. Faizah Abdul Ghani
  3. Reading Test and Training Kit for Preschool Children- Prof. Madya Dr. Yeo Kee Jiar
  4. Retrofit ECU (Electronic Control Unit) for Carbureted Engines- Dr. Hazlina Selamat
  5. Skeletal Maturity Measurement and Height Prediction Using  Computerized Bone Age Assessment- Dr. Tan Tian Swee
  6. A Computerised Monopoly Education Board System “JAUHARI”- Prof. Dr. Sheikh Hussain Shaikh Salleh
  7. Adaptive Control of Feedforward Linearization for Laser Nonlinearity Compensation System- Prof. Madya Dr. Sevia Mahdaliza Idrus Sutan Nameh
  8. SEER-SAC: Seismo-Accelero-Crackometer- Prof. Dr. Azlan Adnan
  9. ADINDA 1.0 (PROMITIUS)- Prof. Madya Dr. Norhazilan Md Noor
  1. Catalytic Chelation Technique For Demetallization of Bivalve Mollusks- Prof. Dr. Abdull Rahim Mohd Yusoff

  2. The Innovation of Practical Mosquito Trap to Control Mosquito-Borne Diseases- Dr. Mohd Fadhil Md Din

Pingat Perak

  1. IDEAS Integrated Distributed Energy Applications System- Prof. Madya Dr. Haslenda Hashim
  2. Solid Waste Management Resource Recovery Tool (SMART)- Prof. Madya Dr. Haslenda Hashim
  3. Active Vibration Control of Marine Riser undergoes Vortex Induced Vibration- Prof. Madya Dr. Intan Zaurah Mat Darus
  4. Hybrid Neuro-Controller for Active Vibration Control of Flexible Beam- Prof. Madya Dr. Intan Zaurah Mat Darus
  5. Computer-Aided Osteoporosis Early Detection Using Radiographic Manifestations- Dr. Tan Tian Swee
  6. Motor Imagery for Brain Computer Interface System- Prof. Dr. Sheikh Hussain Shaikh Salleh
  7. Digital Accident Record System (DARS)- Dr. Zulkepli Majid
  8. Cell Immobilization for Extracellular Recombinant Protein Production In Escherichia Coli- Prof. Dr. Rosli Md. Illias
  9. Smart Gated Community and Automation System- Dr. Lim Meng Hee
  1. Cool-Island Pavement Towards Reduction of Urban Heat Island Phenomenon- Dr. Mohd Fadhil Md Din

  2. Ground Penetrating Radar Testing Device For Subsurface Utility Mapping- Prof. Dr.  Mazlan Hashim

Pingat  Gangsa

  1. Ozone Sterilization System for Spawn Treatment of Mushroom Cultivation- Prof. Madya Dr. Zolkafle Buntat
  2. Programmable Motorized Autotransformer (ProAutoTrans)- Prof. Madya Dr. Zulkurnain Abd. Malek
  3. Embedded Intelligent Controller for Flexible Beam- Prof. Madya Dr. Intan Zaurah Mat Darus
  4. Computerised Speech Stuttering Detection- Dr. Tan Tian Swee
  5. InP/InGaAs HBT Optoelectronic Mixer for Signal Conversion of RF Modulated Optical Signal- Prof. Madya Dr.Sevia Mahdaliza Idrus Sutan Nameh
  6. SEER I-Block (Wall Interlocking Block Damper)- Prof. Dr. Azlan Adnan
  7. Innovative Partial Strength Connection on Cruciform Column Section- Dr. Shek Poi Ngian
  8. Construction Noise Modelling Using Stochastic Approach-               Dr. Zaiton Haron
  9. Aerated Concrete from Agro-Industrial Waste for Thermal Reduction in Building- Dr. Mohd Fadhil Md Din

 

 

Explore More