November 27, 2024

Search
Close this search box.

Canselor UTM hadiri majlis berbuka bersama mahasiswa

DYMM Raja Zarith berbual dengan salah seorang pelajar antarabangsa.

JOHOR BAHRU 8 Ogos – Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berbuka puasa bersama 100 mahasiswa di universiti berkenaan semalam.

Majlis dihadiri oleh pelajar antarabangsa dari beberapa negara seperti Somalia, Sudan, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Iran, China, Yemen dan Nigeria.

Naib Canselor, Zaini Ujang, berkata majlis iftar itu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan serta ukhwah di kalangan warga kampus, terutama pihak pengurusan, pegawai kanan dan Mahasiswa UTM.

“Ini merupakan antara inisiatif yang diambil pihak universiti dalam usaha merapatkan serta mengeratkan hubungan sesama warga kampus, termasuk pesara UTM.

“Selain program ini UTM juga mengadakan berbagai upacara lain sempena bulan Ramadan yang mulia ini antaranya liga ilmu, tadarus Al-Quran, solat tarawih, bubur lambuk dua kali seminggu dan iftar pada setiap hari,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri oleh pegawai kanan universiti, dekan pesara UTM dan wakil dari Pejabat Istana, Pejabat Menteri Besar Johor dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Explore More