November 25, 2024

Search
Close this search box.
Penajaan UTMIJHS 2012 adalah antara yang terbesar pernah diterima dalam sejarah penganjuran sukan berkuda di UTM.

KUALA LUMPUR, 5 April: UTM International Johor Horse Show 2012 (UTMIJHS2012) yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru mulai 11 hingga 15 April 2012 telah mencatat sejarah dengan penyertaan terbanyak dalam acara ekuestrian di negara ini.

Seramai 156 orang penunggang mewakili 24 kelab, termasuk lapan orang dari Victoria, Australia kelab bakal mempamerkan kemahiran masing-masing dalam kejohanan yang berlangsung selama lima hari.

Jumlah penyertaan untuk acara ekuestrian pada kejohanan kali ke lima anjuran UTM telah mengatasi rekod penyertaan di peringkat kebangsaan yag diadakan di kelab Lumba Kuda Selangor pada tahun 2011.

Kejohanan kali ini akan disertai oleh penunggang negara Nabil Ismail, Edric Lee dan Aizat Abdul Malik. Nabil adalah pemenang Piala Sultan Ibrahim pada pertandingan tahun lalu di UTM, Johor Bahru.

Acara ekuestrian yang dipertandingkan dalam kejohanan kali ini termasuklah dressage, show jumping dan pony club mounted games yang turut disertai oleh kontigen dari Victoria, Australia.

Manakala bagi acara endurance pula, seramai 60 orang penunggang termasuk dari Singapura dan Indonesia akan mengambil bahagian dalam tiga kategori 20km, 40km dan 80km.

Acara 80km mendapat pengiktirafan dari Federation Equestre International (FEI), sebuah badan antarabangsa yang mengawal sukan berkuda yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimtik Antarabangsa (IOC).

Manakala acara 40km pula telah mendapat pengiktirafan (sanction) daripada Equestrian Association of Malaysia (EAM).

Sambutan bagi acara endurance sangat menggalakkan dan pihak penhanjur terpaksa menolak sebahagian dari penyertaan terutama pada saat akhir memandangkan jumlah yang ramai.

Jumlah peserta yang mengambil bahagian bagi pertandingan ekuestrian dan endurance melebihi 200 penunggang.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir Dr Zaini Ujang yang memenangi acara 20km pada pertandingan tahun lalu turut akan bertanding dalam acara 40km.

Kejohanan kali ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM90,000 diadakan susulan sambutan hangat oleh ribuan ribuan penonton pada tahun lepas.

Sempena UTMIJHS 2012, satu seminar berkaitan ekuin, 1st International Equine Seminar 2012 akan diadakan pada 11 April 2012 yang membabitkan seramai 150 orang peserta merangkumi berbagai pihak termasuklah yang terlibat dengan industri kuda di Malaysia.

Sebanyak enam kertas kerja akan dibentangkan oleh pembentang dari dalam dan luar negara, antaranya Gabriel Gauci Marchant, Pam Martin dari Australia dan Ray Knight yang menguruskan Stud Farm di Ipoh, Malaysia.

Selain daripada itu pihak UTM juga telah menandatangani persefahaman dengan Hartpury College dari Universiti of West England, Northern Melbourne Institue of TAFE dari Australia dan Majlis Ekuin Malaysia bagi meningkatkan lagi pelbagai aktiviti dalam bidang ekuestrian di UTM.

Pada majlis pelancaran hari ini Wearness Autohaus dan Wearness Automotive menaja 124 buah kereta BMW dan Volkswagen. Wearness Autohaus turut menyumbang RM150,000.00.

Sementara itu, Clear Motorrad menaja 29 buah motorsikal berkuasa tinggi BMW dan Nexedge Kenwood Sdn Bhd menaja walki talkie.

 

Explore More