Dana Pembangunan Pengajaran (DPP) adalah dana yang membiayai staf/kumpulan staf akademik melakukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang menyumbang kepada kreativiti dan inovasi, keberkesanan dan peningkatan kualiti proses P&P di UTM. Tempoh permohonan kini dibuka dari 19 Mac 2012 sehingga 20 April 2012.
Dana ini boleh dipohon untuk menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan. Jumlah maksimum dana yang boleh dipohon adalah sehingga sebanyak RM15,000.00 bagi seorang staf/kumpulan staf akademik. Tempoh dana adalah untuk jangkamasa satu tahun. Penyelidikan yang berjaya disempurnakan dan lengkap dengan laporan akhir boleh dipertimbangkan untuk penyambungan dan penambahan dana sehingga sebanyak RM15,000.00 lagi.
Bidang-bidang kajian yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:
Pembinaan bahan-bahan pengajaran yang kreatif dan inovatif.
Penilaian dan pentaksiran. Pedagogi dan strategi pengajaran.
Penggunaan teknologi dalam pengajaran. Keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.
Pembangunan kemahiran insaniah dan gaya pembelajaran pelajar.
Dasar dan polisi P&P di UTM Contoh projek yang tidak akan disokong:
Mengulang kaedah yang telah digunakan dalam kursus yang lain dalam satu matapelajaran baru.
Projek yang memfokus kepada perkembangan terkini dalam disiplin seseorang staf.
Membangunkan satu matapelajaran baru atau menukar bahan rujukan dalam sesuatu matapelajaran tanpa berlaku perubahan pedagogi yang ketara.
Penyedian untuk menggunakan bahan `sedia ada’ dalam pengajaran (contohnya manual atau perisian).
Semua staf akademik yang telah diserapkan ke jawatan tetap adalah layak memohon. Pemohonan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Keutamaan akan diberikan kepada staf akademik yang pernah mengikuti kursus berkaitan dengan kaedah penyelidikan pendidikan di CTL.
Kepada yang berminat boleh menghubungi En. Mohd Fazilah bin Abdullah (Emel: mfazilah@utm.my) / Pn. Norafeza bte Mohamed Ismail (Emel : norafeza@utm.my)