MELAKA 7 Feb. – Ketika ada pihak tertentu di dalam negara yang seolah-olah menyokong negara Israel, lebih 100 pelajar Kolej Mahasiswa Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula menganjurkan Kayuhan Amal Anak Merdeka 1Malaysia (Trans 1Malaysia) bagi mengumpul dana membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.