JOHOR BAHRU : Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengorak langkah dengan menyediakan peluang kepada semua kakitangannya untuk menyertai “Global Outreach Programme” dalam usaha memberi pendedahan kepada mereka mengenai sistem kerja lebih cekap yang diamalkan oleh universiti terkemuka luar negara.