November 6, 2024

Search
Close this search box.
Prof. Zaini menyampaikan ucapan di Bengkel Penjajaran Perancangan Strategi UTM di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 12 November:  Warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) digesa  tidak berlengah mengejar peluang  untuk bangunkan diri dan organisasi untuk pastikan  mereka  terus  releven  dalam indek  pengajian tinggi di peringkat global pada tahun 2012.

Naib Canselor Prof. Dato’ Dr. Zaini b. Ujang berkata, institusi pengajian tinggi  pada dekad ini  merupakan institusi bagi pengembangan dan pelaburan potensi modal insan  serta menyedia peluang pasaran pekerjaan.

Beliau berkata, untuk  menjadi sebuah universiti  dengan iklim akademik yang  berjaya  beliau menyenaraikan empat  teras utama perlu dipenuhi iaitu, mudah diakses,  bertindak sebagai pencetus, bertindak laju ke depan dan  boleh dicapai.

“Bagi mencapai  sasaran berkenaan  semua  warga UTM perlu komited  melalui amalan empat elemen utama   berikut iaitu, hala tuju yang sama, bergerak bersama, kerja berpasukan dan sinergi,” katanya semasa menyampaikan ucapan pembukaan di Bengkel  Penjajaran Perancangan Strategi UTM di Kuala Lumpur,  semalam.

Beliau memberi contoh  pendayung  kayak  tidak akan sampai ke destinasi  dituju selagi ahli pasukannya  tidak mempunyai  empat  elemen  di atas.

“Kejayaan tidak akan berlaku jika kita menuju berlainan arah, bergerak  dengan rentak berbeza dan tidak sehaluan,” katanya.

Beliau menegaskan lima teras strategi 2011 akan diteruskan pada tahun 2012 iaitu  pembentukan universiti penyelidikan berasaskan keusahawanan, menyedia peluang , mewujudkan persekitaran pembelajaran berkualiti  dan keusahawanan, eco sistem akademik yang dinamik, pembangunan organisasi dan kelima mewujudkan  masyarakat kampus yang gembira, sihat dan  kampus  yang lestari.

Manakala dalam ucapan penutupnya  pada  hari terakhir bengkel, Prof.  Zaini menggesa  warga UTM  sama-sama mengubah  sikap  kearah menjadikan UTM sebagai model terbaik  kepada  institusi  pengajian tinggi  dikalangan negara Islam dan  diiktiraf dunia dengan  tersenarai dalam 500 universiti terbaik dunia.

Bengkel penjajaran perancangan strategi  UTM ini merupakan sebahagian insiatif  universiti bagi menyediakan  Key Performance Indicator  (KPI)  2012 atau lebih dikenali Key Amal Indicator  (KAI) UTM 2012.

Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Korporat  Prof. Dr. Azlan b. Abdul  Rahman  yang juga  ketua fasilitator bengkel berkata, bengkel pada tahun  ini membuat penjajaran KAI 2011 dengan mengkaji dan disesuaikan dengan  situasi dan tuntutan  semasa  bagi  keperluan 2012.

Menurutnya, penjajaran  strategi ini  yang dilaksanakan menggunakan kaedah  Blue Ocean Strategy dan hasil bengkel ini akan diterjemahkan dalam Balanced Score Card UTM  sebagai panduan kepada semua jabatan dan  staf universiti terhadap  KPI mereka pada tahun 2012.

Tambahnya sekembalinya ketua-ketua jabatan  daripada bengkel ini mereka akan menterjemah KPI ini  di jabatan  masing-masing  dan seterusnya kepada sasaran kerja staf masing-masing.

“KPI ini menjadi ukuran terhadap pencapaian mereka  dan akan diambil kira dalam penilaian prestasi tahunan staf,” katanya.

Bengkel selama dua hari itu dihadiri  lebih 130 orang  pegawai kanan universiti  dan ketua-ketua jabatan  bermula  pada 11 hingga 13 November 2011.

Prof. Azlan dibantu dua fasilitator berpengalaman UTM dalam perancangan strategi dan Blue Ocean Strategy  iaitu Prof  Nooh b. Abu Bakar dan Prof Madya Dr. Ahmad  Rahman b. Songip .

Explore More