November 22, 2024

Search
Close this search box.
Peserta Selangkah Ke Universiti bergambar beramai-ramai dengan Datuk Ahmad Maslan selepas perasmian.

SKUDAI, 29 September: – Seramai 240 orang pelajar tingkatan empat dari 12 buah sekolah di enam kawasan parlimen iaitu Pontian, Kluang, Semberong, Pasir Gudang, Batu Pahat dan Mersing menyertai Program Selangkah ke Universiti di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Program yang dianjurkan oleh Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Haji Ahmad Maslan.

Peserta Selangkah Ke Universiti terdiri dari pelajar tingkatan empat yang menpunyai adik-beradik tetapi tidak seorang pun pernah melanjutkan pengajian di universiti.

Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan mereka dengan alam universiti bagi memberi gambaran mengenai suasana pembelajaran dan kehidupan sebagai mahasiswa di kampus.

Selain itu, program ini untuk memberi semangat kepada pelajar untuk mendorong mereka belajar besungguh-sungguh di samping menggalakkan mahasiswa universiti membabitkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan.

Perasmian program berkenaan dihadiri oleh isteri Datuk Ahmad Maslan, Datin Noraini Sulaiman selaku penyelaras Program Selangkah ke Universiti negeri Johor, isteri Menteri Pengajian Tinggi – Datin Sri Rosni Omar,  isteri Timbalan Menteri Pelajaran – Datin Seri Dr Hajah Rubiah Leman, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang dan isteri, Datin Dr Zainah Mansor.

Antara aktiviti yang diadakan ialah lawatan ke Fakulti Sains, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Geoinformatik dan Harta Tanah selain ceramah motivasi dan program bersama pemimpin mahasiswa UTM.

Explore More