April 26, 2024

Search
Close this search box.

Lawatan Ketua Pengarah PLANMalaysia ke Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW) FAB, UTM

JOHOR BAHRU, 21 Mac 2017 – Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima lawatan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia), Dato’ TPr. Dr. Dolbani Mijan pada 2 Mac lalu.

Dr. Dolbani merupakan Profesor Adjung, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW) dan Alumni UTM.

Dalam lawatan tersebut, beiau telah melawat studio Tahun 2 Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (SBEP) bagi mendengar pembentangan pelajar mengenai projek Rancangan Tempatan Daerah Mersing-Penggantian  yang sedang dijalankan, diikuti dengan sesi soal-jawab dan maklumbalas.

Selepas itu beliau berkongsi pengalaman dalam seminar bulanan bertajuk “Secebis Kisah Segenggam Pengalaman” yang dihadiri oleh 100 peserta yang terdiri daripada pelajar pra-siswazah.

Antara perkara yang disentuh oleh beliau adalah fungsi PLANMalaysia,  cabaran jururancang bandar dalam memenuhi kehendak ekonomi dan pematuhan terhadap peruntukan akta, rancangan pembangunan dan garis panduan pembangunan sedia ada serta perkembangan terbaru dalam amalan perancangan bandar di Malaysia.

Beliau kemudiannya menghadiri mesyuarat bersama kumpulan penyelidikan Rural Research & Planning Group (RRPG) yang diketuai oleh Prof. Dr. Ibrahim Ngah yang membentangkan perancangan RRPG pada masa hadapan dan meneroka peluang-peluang kerjasama antara pihak UTM dan PLANMalaysia khususnya dalam mentransformasikan kawasan luar bandar di negara ini.

 

Explore More