Disember 21, 2024

Datuk Mohd Tahrir menyempurnakan gimik perasmian di Dewan Sultan Iskandar.

JOHOR BAHRU, 25 Februari 2013: Ribuan pengunjung menghadiri Program UTM Berselawat bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. anjuran Kolej Tun Fatimah (KTF), semalam.

Pengetua KTF, Profesor Madya Dr Mohini Mohamed berkata, program yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar dan Masjid Sultan Ismail UTM menampilkan beberapa penceramah terkenal dirasmikan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Menurutnya, program berkenaan terdiri daripada empat aktiviti utama iaitu forum, Pengajian Ilmu Talaqqi Berkitab, Halaqah Penjernihan Jiwa dan Tausiyyah Perdana.

Program UTM Berselawat dianjurkan oleh KTF dengan kerjasama Kolej Rahman Putra (KRP), Pusat Islam UTM dan Anugrah Building People.

“Forum bertajuk Cinta Rasulullah, Jesus dan Buddha disertai oleh ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dan muallaf, Shakirit Abdullah.

“Dewan Sultan Iskandar yang mampu menampung kehadiran kira-kira 4,000 pengunjung penuh sesak manakala lebih 3,000 lagi terpaksa mengikuti program dari luar,” katanya.

Dr Mohini berkata, program Talaqi oleh Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki yang diadakan di Masjid Sultan Ismail selepas solat Zohor dihadiri oleh lebih 5,000 pengunjung.

Manakala pada sebelah malam hampir 10 ribu pengunjung menghadiri program Tausiyyah Perdana bertajuk Mencintai Rasulullah SAW’ oleh  Habib Ali Zainal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan Zikir Terapi oleh penyanyi nasyid Hafis Hamidun.

маленькая ванная

Explore More