Disember 26, 2024

Naib Canselor jelas agenda utama 2013

Dr. Zaini menyampaikan amanat kepada pentadbir akademik.

JOHOR BAHRU, 1 Januari 2013: – Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Zaini Ujang menjelaskan mengenai agenda utama yang akan dilaksanakan pada tahun 2013 untuk membolehkan UTM berdaya saing dan terus melangkah maju.

Menurutnya, antara agenda yang akan dilaksanakan ialah penghayatan soul of higher education, DNA institusi, program berimpak tinggi, menjana pendapatan, endowmen, autonomi, penerbitan cemerlang dan kampus digital.

Beliau berkata, soul of higher education menuntut akademia memahami tujuan mereka berada di pusat pengajian tinggi untuk memperkasakan ilmu menerusi pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti penyelidikan dan penerbitan.

“Warga UTM seharusnya mendalami dan memahami dengan lebih mendalam tentang falsafah soul of higher education yang didapati masih kurang,” katanya, semasa menyampaikan amanat kepada pentadbir akademik di Dewan Bankuet, hari ini.

Dr. Zaini berkata, bagi tahun 2013 UTM akan memberi penekanan kepada program berimpak tinggi khususnya berkaitan dengan aktiviti akademia baru.

Menyentuh mengenai pendapatan, beliau berkata UTM perlu berusaha untuk menjana pendapatan sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kerajaan semata-mata.

Beliau menyarankan kepada penyelidik supaya berusaha mendapatkan geran penyelidikan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang menawarkan kemudahan berkenaan agar tidak terlalu bergantung kepada UTM menerusi peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan.

Sebagai langkah ke arah perbelanjaan berhemah dan berdikari, pada tahun 2013 UTM akan memberi autonomi kepada International Business School (IBS) dan Razak School bagi membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri untuk memastikan segala perancangan dan pengurusan berjalan dengan lancar.

Selanjutnya Naib Canselor berkata, pada tahun 2012 sebanyak RM 50 juta berjaya dikumpulan untuk Tabung Endowmen dan lebih banyak usaha akan dilakukan untuk mengisi tabung berkenaan.

“UTM akan menyimpan sumbangan endowmen sebagai pelaburan pokok dan hanya menggunakan keuntunggan untuk pelbagai aktiviti seperti yang dilaksanakan oleh universiti terkemuka dunia,” katanya.

Berhubung dengan penerbitan cemerlang, Dr. Zaini berkata, UTM akan memberi pinjaman kepada UTM Press untuk menerbitkan buku jualan terbaik selaras dengan MyRA2.

“UTM Press perlu memastikan hanya buku yang bepotensi mencapai sasaran jualan terbaik dicetak bagi membolehkan mereka mendapat keuntungan dan membayar balik pinjaman kepada UTM.

“Antara buku jualan terbaik ialah Historical Fact and Fiction yang ditulis oleh Profesor Ulung UTM Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas,” katanya.

Selain itu, Dr  Zaini berkata, UTM akan memperuntukan RM200 juta bagi tempoh lima tahun mulai tahun ini untuk mewujudkan  Digital  Campus bagi meningkatkan sistem penyampaian dan keberkesanannya.

“Buat permulaan sebanyak RM10 juta diperuntukan bagi tahun 2013 untuk memulakan projek Digital Campus,” katanya.

Cheap Windows 7 Ultimate
Discount
Sale Windows 7 Ultimate
Cheap Windows 7 Ultimate
Sale Adobe Creative Suite 6 Master Collection
Cheap Adobe Creative Suite 6 Master Collection
Discount Adobe Creative Suite 6 Master Collection
Buy Microsoft Office 2010 Professional Plus
Order Microsoft Office 2010 Professional Plus
Microsoft Office 2010 Professional Plus

Explore More