RTM

Anakku Autisme: Sesi Bual Bicara Ts. Dr. Dayana Farzeeha Ali Bersama Pesona Xy RTM Sempena Bulan Austime Sedunia

Ts. Dr. Dayana Farzeeha Ali iaitu seorang pensyarah kanan di Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Timbalan Pengarah (Pembangunan) di Unit UTMAlumni, Universiti Teknologi Malaysia serta merangkap Ketua Pegawai Eksekutif DF & K Group Sdn Bhd, syarikat hiliran UTM yang mempunyai satu pusat terapi untuk kanak-kanak berkeperluan khas telah menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Pesona XY, di Radio Televisyen Malaysia pada 10 April 2021 bagi membincangkan mengenai isu yang bertajuk “Anakku Autisme”.

Sinergi KTHO dan ADABI Realisasikan Iftar Untuk 500 Mahasiswa B40 UTM Dalam DESAP ‘21

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) dengan kerjasama ADABI Consumer Industries Sdn. Bhd. beserta sokongan dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM telah berjaya melaksanakan program Dapur KTHO Berasap 2021 (DESAP ‘21). Matlamat utama program adalah untuk menyantuni 500 mahasiswa B40 UTM dengan pemberian juadah iftar sekaligus mengurangkan beban perbelanjaan mereka terutama dalam bulan Ramadan ini. Di pihak ADABI pula, program ini juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka iaitu ‘Hajat Ramadan ADABI’ yang saban tahun dilaksanakan dengan menjelajah di seluruh pelusuk tanah air.