Health Centre

Coretan Di Sebalik Kawat Berduri PKPD UTM

Tarikh 21 Mei sehingga 3 Jun 2021 semestinya akan kekal terpahat dalam sejarah warga UTM susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) yang dikenakan kepada kampus UTM Johor Bahru menerusi pengumuman yang dibuat oleh Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, selaku Menteri Kanan (Keselamatan) dan Menteri Pertahanan. Institusi Pembangunan Felow UTM (IPF UTM) dilihat antara barisan hadapan UTM yang bertindak pantas memandangkan ahli-ahlinya yang terdiri daripada Pengetua, Felow dan Pembantu Felow kolej-kolej kediaman merupakan individu yang paling hampir dengan mahasiswa-mahasiswi UTM, sama ada yang berstatus bujang atau berkeluarga.

PKPD : UTM – KKM Ganding Bahu

Johor Bahru, 22 Mei – – Susulan pengumuman pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Universiti Teknologi Malaysia, pihak Universiti melalui Pusat Kesihatan telah menggembleng usaha dalam membantu meratakan lengkung Covid-19 terutamanya dalam kalangan pelajar dan warga UTM. Sepanjang pelaksanan PKPD, operasi di klinik universiti telah ditutup bagi memberi keutamaan dan fokus kepada klinik bergerak …

PKPD : UTM – KKM Ganding Bahu Read More »

ERT-Sinergi Frontliners UTM Untuk Kebajikan Pelajar dan Warga Susulan PKP 3.0 dan PKPD

JOHOR BAHRU, 20 Mei — Covid-19 kian meruncing walau telah wujud pelbagai usaha dan komitmen tinggi yang diberikan oleh warga Malaysia. Terbaharu dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunjukkan keperluan pendekatan atau langkah yang lebih agresif dan proaktif. Sehubungan itu UTM telah mengaktifkan Emergency Response Team (ERT) Induk Universiti …

ERT-Sinergi Frontliners UTM Untuk Kebajikan Pelajar dan Warga Susulan PKP 3.0 dan PKPD Read More »