Kategori: Lain

UTM, MDEC dan KPM Anjur Kursus Pensijilan Pemikiran Komputasional dan Sains Komputer 2018

Seramai 40 graduan yang terdiri daripada guru-guru dari sekolah-sekolah sekitar zon selatan dan Kolej Matrikulasi Johor telah diraikan dalam Majlis Graduasi Kursus Pensijilan Komputasional & Sains Komputer 2018 yang diadakan di M-Suites Hotel, Johor Bahru, baru-baru ini. Universiti Teknologi Malaysia melalui Pusat Inovasi Mahasiswa dan Keusahawanan Teknologi (UTM XCITE) adalah pelaksana program CTCS zon selatan untuk tahun kedua berturut-turut.

Baca Lebih Lanjut

MTDC BUSINESS CHALLENGE 2019 CUNGKIL MINAT PELAJAR DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) Business Challenge (MBC) 2019 merupakan salah satu program yang mendukung usaha dan minat pelajar yang membangunkan inovasi dan teknologi di peringkat awal. Ia juga menjadi platform pemecutan ke arah pengkomersilan bagi produk dan inovasi oleh pelajar institusi pengajian tinggi serta memupuk semangat usahawan muda. Sepanjang tempoh 4 hari program, para peserta mengikuti sesi bootcamp, clinic dan pitching yang dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator daripada MTDC dan UTM. Pada upacara penutup hari ini, seramai 10 pasukan akan menerima hadiah keseluruhan bernilai RM36,000 terdiri daripada dana pembangunan produk dan khidmat nasihat daripada MTDC. Disamping itu, pemenang-pemenang ini juga berpeluang untuk menyertai MTDC Accelerator program pada masa hadapan.

Baca Lebih Lanjut

KENYATAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BERHUBUNG ISU INTEGRITI AKADEMIK DI UNIVERSITI AWAM

Kenyataan ini adalah merujuk kepada kenyataan Tan Sri Rafidah Aziz yang dilaporkan oleh akhbar The Malay Mail bertarikh 29 Jun 2019 berkaitan isu integriti akademik.
2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengambil perhatian serius isu ini kerana integriti akademik amat penting dan sebarang isu berkaitannya memberi gambaran buruk yang menjejaskan reputasi institusi secara keseluruhannya.

Baca Lebih Lanjut

ICA UTM Pagoh Aplikasi Teknologi EM di Medan Selera Yong Peng Atasi Masalah Pencemaran

Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing (ICA) UTM Pagoh bekerjasama dengan Zenxin Agriculture Sdn. Bhd. dalam penyelidikan untuk mencapai sistem tertutup “closed loop system” di Yong Peng Lucky Garden (YPLG) dengan menubuhkan pusat kitar semula sisa dapur dan ladang bersepadu.

Baca Lebih Lanjut
Memuatkan

SUBMIT NEWS

All UTM staff are welcome to submit any type of news, hard or soft. Hard news is the kind of fast-paced news that usually appears on the front page of newspapers.
Read more >>


submit news

Previous Months’ News

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!