Kenyataan rasmi

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DI UTM JOHOR BAHRU BERKUAT KUASA MULAI 7 DISEMBER 2020 HINGGA 20 DISEMBER 2020

Pemakluman ini adalah berdasarkan pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 5 Disember 2020 dan hebahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh Pejabat Hal Ehwal Korporat pada 6 Disember 2020 adalah dirujuk. Berikutan peningkatan lokaliti zon merah di daerah Johor Bahru dan sekitarnya, pihak Universiti sentiasa menambahbaik proses kemasukan staf ke dalam kampus dari semasa ke semasa.