Pusat Kesihatan UTM

DESAP ’21 Platform Warga KTHO dan ADABI Santuni Barisan Hadapan Covid-19

Suasana pandemik Covid-19 yang masih lagi belum reda di negara kita menjadi inspirasi kepada Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) dan ADABI Consumer Industries Sdn. Bhd. untuk turut sama menyumbang dalam menaikkan semangat barisan hadapan Covid-19 yang terus mencurahkan bakti tanpa mengira masa hatta di bulan Ramadan yang mulia ini. Oleh sebab itu, JKM KTHO dan ADABI Consumer mengambil inisiatif dengan menganjurkan pertandingan ‘ADABI: Sedia, Masak dan Kongsi’ dalam Program Dapur KTHO Berasap 2021 (DESAP ’21) untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi terutama yang masih berada di rumah untuk menonjolkan bakat menyediakan menu makanan dalam bentuk video pendek ala-ala pempengaruh media sosial (media social influencer) seperti Khairulaming, seterusnya menyumbang dan mengagihkan hasil masakan tersebut kepada barisan hadapan negara yang sedang bertugas sebagai menghargai jasa mereka.

Covid-19: FTIR Cipta Dispenser Sanitiser Kendalian Kaki

Kumpulan penyelidik MySIGHT Rural Technology yang terdiri daripada staf akademik Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, UTM KL telah menyumbangkan inovasi rekabentuk dispenser sanitiser kendalian kaki kepada komuniti. Selain daripada aktiviti membangunkan komuniti di kawasan luar bandar, kumpulan ini turut membantu menjalankan aktiviti dalam mengurangkan penularan Covid-19 di Malaysia.

Kemeriahan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2019

Program Hari Diabetes Sedunia telah dianjurkan oleh kelab Program Siswa Sihat UTM dengan kerjasama PKU dan Persatuan Diabetes Malaysia untuk meningkatkan kesedaran tentang diabetes kepada pelajar, staf UTM dan orang awam