Pusat Pelestarian UTM (UTM CS)

Pelajar KTHO UTM Turun Padang Bersama Warga Rumah Iskandar Jayakan Program Pertanian Bandar

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah menjayakan ‘Program Pertanian Bandar: Hobi Baru’ bertempat di Dataran Ismail Ibrahim, Plot A, Rumah Iskandar Malaysia. Program ini telah mendapat sambutan yang hebat terutama daripada warga Rumah Iskandar Malaysia dengan kehadiran 70 keluarga daripada pelbagai latar belakang.

Elemen Teknologi Hijau Lengkapkan Kitaran Kelestarian Makmal Alami ‘KTHO Waste to Wealth Hub’

Kedatangan bulan Ramadan tidak menjadi penghalang kepada warga Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) untuk meneruskan agenda kampus lestari di bawah inisiatif KTHO Waste to Wealth Hub, sekaligus bertepatan dengan nilai teras keempat enVision UTM 2025 di bawah keutamaan strategik yang keenam iaitu menyediakan suasana kampus lestari kepada pelajar, staf dan masyarakat sekitar UTM. Aktiviti pada sesi kali ini memberikan fokus kepada beberapa elemen, iaitu elemen teknologi hijau menerusi pemasangan sistem siraman air (water sprinkler system) dengan pemantauan kekerapan siraman menggunakan Internet of Things (IoT) di samping pemasangan alat penyongsang bagi sistem solar PV (PV solar inverter system) untuk sistem fertigasi. Di samping itu, elemen lain seperti aktiviti pengkomposan menggunakan sisa pertanian (agricultural waste composting) dan aktiviti menceriakan laman (landscaping) turut diadakan serentak.

ADABI Sokong Penuh Inisiatif ‘KTHO Waste to Wealth Hub’ Menerusi DESAP ‘21

Penganjuran program Dapur KTHO Berasap 2021 (DESAP ’21) diambil peluang sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) untuk mengaplikasikan pengetahuan berkaitan kelestarian, yang mana pengetahuan tersebut telah pun dipelajari dan dikutip sepanjang tempoh lima minggu pelaksanaan projek fasa awal ‘KTHO Waste to Wealth Hub’ sejak 13 Mac 2021. Menyedari hakikat bahawa aktiviti penyediaan makanan iftar untuk DESAP ’21 akan menghasilkan kuantiti signifikan sisa makanan seperti lebihan sayur-sayuran, kulit bawang, kerak nasi dan air basuhan beras, maka JKM KTHO dengan sokongan penuh ADABI Consumer Industries Sdn. Bhd. mengambil inisiatif dengan memanfaatkan sisa-sisa tersebut untuk dijadikan baja kompos dengan menggunakan teknik rawatan bokashi.

Webinar ‘Campus Waste Management’ Anjuran JKM KTHO Dukung Hasrat Kampus Lestari

Biro Pendidikan dan Penyelidikan dengan kerjasama Biro Teknologi dan Kelestarian Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) telah menganjurkan satu sesi webinar ‘Campus Waste Management: Towards Green and Sustainable Campus’ pada 21 Mac 2021 bersempena dengan Hari Hutan dan Hari Menanam Pokok Sedunia. Inisiatif penganjuran webinar ini sememangnya bertepatan dengan nilai teras keempat enVision UTM 2025 di bawah keutamaan strategik yang keenam iaitu menyediakan suasana kampus lestari kepada pelajar, staf dan masyarakat sekitar UTM. Sesi webinar ini menampilkan perkongsian daripada Prof. Ir. Dr. Mohd Fadhil Md. Din, Pengarah Kampus Kelestarian UTM (UTM CS) selaku antara ikon kelestarian yang sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan warga UTM.