Kategori: Fakulti & Sekolah

Covid-19: FTIR Cipta Dispenser Sanitiser Kendalian Kaki

Kumpulan penyelidik MySIGHT Rural Technology yang terdiri daripada staf akademik Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, UTM KL telah menyumbangkan inovasi rekabentuk dispenser sanitiser kendalian kaki kepada komuniti. Selain daripada aktiviti membangunkan komuniti di kawasan luar bandar, kumpulan ini turut membantu menjalankan aktiviti dalam mengurangkan penularan Covid-19 di Malaysia.

Baca Lebih Lanjut

UTMKL Terima Sumbangan Sanitizer ‘Hands-Free’ Dari FTIR

MySIGHT Rural Technology Group yang terdiri daripada staf akademik Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, UTM Kuala Lumpur hari ini berbesar hati menyumbangkan hands-free hand sanitizer untuk kegunaan staf UTM Kuala Lumpur. Ianya juga direka khas dalam mengurangkan sentuhan penularan wabak. Syabas diucapkan.

Baca Lebih Lanjut

PKP: AHIBS Sediakan Pelan Data Internet & Bantuan Sara Hidup Ringankan Beban Pelajar

Pandemik Covid-19 telah merubah kehidupan normal rakyat Malaysia kepada normal yang baharu.  Ia memberikan pelbagai cabaran kepada survival ekonomi rakyat Malaysia di pelbagai peringkat masyarakat.  Rakyat Malaysia terutama golongan B40 adalah golongan yang terkesan sekali disebabkan mereka tidak dapat bekerja kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).   Kini, setelah 6 minggu menjalani PKP, majikan sudah tentu tidak dapat membayar gaji atau akan membuat pemotongan gaji kepada staf mereka disebabkan tidak dapat menjalankan perniagaan seperti biasa.  Keadaan ini amat memberi kesan dari segi kewangan masyarakat berstatus B40 merangkumi 60% pelajar UTM yang juga berstatus B40.

Baca Lebih Lanjut

Pensyarah UTM bangunkan Kubikel Saringan COVID-19 mesra petugas

Ahli akademik dan penyelidik UTM dari Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) telah berjaya membangunkan sebuah prototaip Kaunter Saringan COVID-19 yang membolehkan petugas KKM mengambil sampel dari orang awam tanpa mendedahkan diri mereka secara terus kepada orang yang ingin diambil sampelnya. Selain mengurangkan risiko jangkitan, prototaip kaunter yang dikenali sebagai Kubikel Saringan I3S ini mengurangkan kebergantungan petugas KKM terhadap sut khas PPE yang sungguh tidak memberikan keselesaan kepada mereka ketika bertugas.

Baca Lebih Lanjut
Memuatkan

SUBMIT NEWS

All UTM staff are welcome to submit any type of news, hard or soft. Hard news is the kind of fast-paced news that usually appears on the front page of newspapers.
Read more >>


submit news

Previous Months’ News

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!