Kategori: Centre For Community & Industry Network (CCIN)

Tiga rumah kebajikan terima sumbangan Tautan Kasih Ramadhan 2020 CCINUTM

Program Tautan Kasih Ramadhan 2020 anjuran CCINUTM telah memberikan bantuan kebajikan kepada tiga rumah kebajikan di sekitar Johor Bahru. Bantuan berbentuk wang tunai dan juga barangan makanan dan minuman itu telah disampaikan oleh Pengarah CCINUTM, Prof Madya Dr Johari Surif. Turut menerima sumbangan kebajikan ini adalah empat orang ibu tunggal yang tinggal di sekitar UTM.

Baca Lebih Lanjut

Bekerja dari rumah ada pro dan kontra – Staf UTM

Bekerja dari rumah mempunyai beberapa kelemahan dan juga kebaikan yang harus diakui. Antara kebaikannya adalah seseorang pekerja itu masih mampu menjalankan tanggungjawapnya sebagai pekerja dengan tidak mengabaikan tugas-tugasnya sebagai seorang suami/isteri/anak. Bekerja dari rumah ini juga tidak lari dari beberapa kelemahan iaitu tidak boleh bermesyuarat secara terus dan juga tidak mempuyai akses kepada fail-fail berkaitan sepertimana kebiasaan.

Baca Lebih Lanjut

UTM Terangkan Kegelapan Lebih 50 Tahun Kg Orang Asli Woh Intake  

UTM melalui SKE bersama Bank Islam merancakkan kehidupan penduduk Orang Asli Kampung Woh Intake dengan menjana elektrik menggunakan kuasa solar

Baca Lebih Lanjut

Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah UTM Menabur Bakti di Mawai Baru, Kota Tinggi

Pelajar Perancangan Luar Bandar dan Wilayah, UTM telah menabur bakti membantu komuniti luar bandar di sekitar Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi dalam sebuah program khidmat masyarakat, University Social Responbility (USR) yang dikenali sebagai USR-Menabur Bakti di Sekolah Kebangsaan Mawai, Kota Tinggi anjuran Jabatan Pendaftar UTM dengan kerjasama pelbagai PTJ lain iaitu Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTM, Pusat Kaunseling UTM, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM, Jabatan Harta Bina UTM, Perpustakaan UTM, Pusat Kesihatan UTM, Bahagian Keselamatan UTM, Program Perancangan Bandar dan Wilayah UTM dan MPKK pada 23 Februari 2020 yang lepas.

Baca Lebih Lanjut

Program Sekolah Angkat UTM bimbing pelajar UPSR 2020

UTM laksana Program Sekolah Angkat AHIBS bagi memberikan bimbingan akademik dan spiritual kepada pelajar tahun enam yang bakal duduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2020.

Baca Lebih Lanjut

UTM Anjur Bengkel FGD Bantu Selesai Isu Komuniti Daerah Mersing

UTM anjur sesi Bengkel Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) bersama komuniti daerah Mersing bagi aktiviti lanjutan bagi kajian isu penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial dibawah ketua projek Dr. Ain Naadia Mazlan daripada Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA). Program ini adalah rentetan dari satu kes kematian seorang kanak-kanak akibat kanser di kampung itu dan mendapat perhatian DYMM Tuanku Permaisuri Johor yang menitahkan agar penyelesaian segera dapat dilakukan bagi mengatasi masalah ini daripada berlarutan dan memudaratkan semua pihak.

Baca Lebih Lanjut

Penyelidik FABU UTM Cipta Aplikasi Geopusara Mudahkan Pengurusan Tanah Perkuburan

Fakulti Alam Bina dan Ukur berjaya menghasilkan aplikasi mudah alih, GeoPusara untuk membantu pengurusan tanah perkuburan secara bersistematik

Baca Lebih Lanjut

UTM dan UiTM Jalin Kerjasama Pintar Untuk Tingkat Kualiti Pendidikan Tinggi Melalui Pemeteraian MoU

UTM dan UiTM meterai kerjasama MoU selama 5 tahun bagi menggalakkkan kerjasama domestik dan antarabangsa dalam bidang akademik untuk menguatkan, menggalakkan dan membangunkan bidang akademik, kebudayaan dan penyelidikan atas dasar keuntungan bersama dan saksama bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara.

Baca Lebih Lanjut
Memuatkan

SUBMIT NEWS

All UTM staff are welcome to submit any type of news, hard or soft. Hard news is the kind of fast-paced news that usually appears on the front page of newspapers.
Read more >>


submit news

Previous Months’ News

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!