Pemakluman Pencegahan Dan Pengawalan Penyebaran Virus Corona oleh Universiti
UTM sentiasa prihatin terhadap sebarang risiko ancaman penyebaran wabak seperti novel Coronavirus Wuhan (nCoV) dalam kalangan warga universiti mahupun rakyat Malaysia secara umum. Pengurusan UTM telah membuat beberapa keputusan sebagai langkah proaktif pencegahan dan pengawalan maksimum memandangkan universiti mempunyai pelajar-pelajar antarabangsa termasuk dari China.