Mengaitkan Kuota Matrikulasi dan Peluang Kerja Adalah Sangat Tepat

Menteri Pendidikan telah menyebut dalam satu forum baru-baru ini: “Kalau kini kita nak ubah, kalau kita kata Malaysia baru kita tak perlu kuota dan sebagainya, begitu juga kita kena pastikan bahawa peluang pekerjaan kepada Bumiputera tidak dinafikan.” Syarat kemahiran bahasa Mandarin dalam pengambilan kerja misalnya, boleh dianggap sebagai menafikan hak kaum yang tidak bertutur bahasa itu termasuk orang Melayu. Beliau memberi respons kepada hadirin yang bertanya kenapakah kerajaan Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk mengekalkan sistem kuota berasaskan kaum bagi program matrikulasi, yang membolehkan pelajar tidak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran (STPM) untuk memasuki universiti awam.

baca selanjutnya..