November 23, 2024

Search
Close this search box.

Diskusi Kepimpinan Perdana Mahasiswa bersama Tun Dr. Mahathir dapat sambutan hangat

Tun Mahathir berucap di hadapan ribuan mahasiswa UTM di Dewan Sultan Iskandar.

JOHOR BAHRU, 20 September 2012: Diskusi Kepimpinan Mahasiswa Perdana bersama  mantan Perdana Menteri  Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamed mendapat sambutan hangat apabila lebih 3,500 mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membanjiri Dewan Sultan Iskandar (DSI), hari ini.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Haji Mohd Ali Hassan, Naib Canselor Datuk Profesor Dr Zaini Ujang, Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan UTM.

Ramai mahasiswa mengambil peluang untuk bertanyakan soalan kepada Tun Dr Mahathir dan soalan yang dilontarkan mengenai pelbagai isu menampakkan kematangan mereka sebagai mahasiswa yang terpelajar dan berdisiplin.

Sementara itu, dalam ucapannya Tun Dr Mahathir mengingatkan mahasiswa bahawa mereka mampu menggalas cabaran dan memacu tanggungjawab memajukan negara pada tahun 2020 jika mempunyai ilmu pengetahuan dan pegangan nilai hidup yang baik.

Beliau berkata, mereka mestilah mempamerkan akhlak dan keperibadian yang mulia sejajar dengan peranan mereka sebagai mahasiswa dan tidak mudah terikut-ikut dengan budaya yang tidak sihat yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak di luar sana.

Katanya, mahasiswa adalah golongan yang terpelajar dan jika mereka ingin menyuarakan rasa tidak puashati luahkanlah dengan cara yang baik dan bukan dengan cara yang boleh merosakkan keharmonian.

 

 

 

 

 

 

 

Explore More