November 4, 2024

Search
Close this search box.
cbdcc da bd e ddbe

Masyarakat Orang Asli Bakar Batu sambut kehadiran SEJATI UTM

BAKAR BATU, 28 Jun – Bagi memberikan peluang dan pendedahan kepada para peserta untuk mempelajari dan memahami dengan lebih mendalam tentang kehidupan dan keperluan masyarakat Orang Asli, Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah merangka suatu program yang dikenali sebagai SEJATI Cakna yang berlangsung di Perkampungan Orang Asli, Bakar Batu, Johor Bahru.

Program ini telah disertai oleh kira-kira 50 buah keluarga warga Orang Asli dan 17 orang pelajar yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) penganjur. Aktiviti dimulakan dengan sukan rakyat pada jam 10.00 pagi, di mana beberapa sukan menarik seperti zumba, bola beracun dan belon kaki telah dilaksanakan untuk memeriahkan suasana.

be bc e bd f
Suasana ketika sukan belon kaki berlangsung

Setelah aktiviti sukan rakyat tamat, program diteruskan dengan majlis perasmian. Nor Iwatif binti Mohamad Rodi, selaku pengarah program, telah memberikan ucapan penghargaan kepada rakan-rakan AJK program dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Beliau menekankan bahawa melalui program SEJATI Cakna ini, semangat kesukarelawanan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar, ufuk pemikiran dapat diluaskan dengan merasai keunikan dan keindahan kampung, dan pada masa yang sama, hubungan mesra antara peserta dan penduduk kampung juga dapat dieratkan.

ffcf fb ba cdfdceab
Sebahagian para hadirin yang hadir ketika majlis perasmian

Selain itu, program ini turut menyediakan bakul berisi makanan kepada 50 buah rumah yang dikategorikan dalam golongan memerlukan. Semasa majlis perasmian ini berlangsung, sesi penyampaian hadiah kepada pemenang sukan rakyat juga diadakan. Sesi agihan sumbangan baju dan makanan asas seperti beras turut dilaksanakan. Kanak-kanak yang hadir juga diberikan kit pensil warna. Pemberian sumbangan makanan kepada warga Orang Asli ini memperlihatkan komitmen SEJATI UTM dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2 iaitu Sifar Kelaparan.

be dd bd ecaf
Sebahagian barangan yang disumbangkan kepada masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Bakar Batu
feca c c be dccbfbbc
Sesi penyerahan kit pensil warna kepada kanak-kanak Orang Asli
cbb e ab f
Sesi penyerahan beras kepada Orang Asli oleh pengarah program

Dengan adanya program bersama masyarakat Orang Asli seperti ini, pihak SEJATI berharap agar ia dapat membuka mata dan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai keperluan dan pembangunan yang diperlukan oleh masyarakat Orang Asli.

Explore More