April 28, 2024

Search
Close this search box.

UTM-MDA lakar kerjasama dalam membangunkan Program Eksekutif Peranti Perubatan

KUALA LUMPUR, 22 Feb. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) Kementerian Kesihatan Malaysia, telah terlibat bersama dalam membincang dan memuktamadkan kerjasama di bawah Memorandum Perjanjian (MoA).

Ucapan alu-aluan YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail

Majlis Menandatangani MoA ini yang dianjurkan oleh Medical Devices and Technology Centre (MEDiTEC) UTM telah disempurnakan oleh YBhg. Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif MDA, YBrs. Dr. Muralitharan a/l Paramasua serta disaksikan oleh Pengarah MEDiTEC UTM, YBrs. Prof. Madya Ir. Dr. Ardiyansyah Syahrom dan Pegawai Undang-Undang MDA, YBrs. En Mohd Shazani Shafiq Bahar.

UTM
Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif MDA, YBrs. Dr. Muralitharan a/l Paramasua

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah Institute of Human Centered Engineering (iHumEn) UTM, YBrs. Prof. Dr. Mohd. Shahrizal Sunar serta pegawai-pegawai kanan UTM dan MDA.

UTM
Sesi pertukaran MoA antara UTM dengan MDA

Kerjasama strategik ini yang bakal berlangsung selama 3 tahun ini akan meliputi bidang Pembangunan 22 modul Program Eksekutif Peranti Perubatan yang akan ditawarkan kepada penggiat industri peranti perubatan dan juga penguatkuasa pihak berkuasa peranti perubatan di Malaysia dan serantau.

Selain itu juga, Program Eksekutif Peranti Perubatan ini akan dijadikan sebagai kursus Microcredential  yang boleh digunakan  untuk tujuan pemindahan kredit semasa mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dalam Teknologi Peranti Perubatan atau setaraf yang ditawarkan oleh UTM atau IPT lain dan tertakluk kepada syarat kemasukan yang ditetapkan.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) Kementerian Kesihatan Malaysia

Explore More