Disember 12, 2024

Search
Close this search box.

BENUT, 10 Jun. – Makmal Komuniti UTM-Benut berjaya berjaya dilaksanakan sebagai suatu inisiatif dalam mewujudkan satu ruang pemindahan ilmu dan inovasi untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

Penubuhan Makmal Komuniti ini merupakan usaha praktikal bagi Program Pembelajaran Servis yang pemangkin kepada para mahasiswa UTM dan akademia untuk bekerjasama bersama komuniti bagi menyumbang pengetahuan, kemahiran, dan sumber daya yang ada demi kebaikan bersama.

Makmal Komuniti UTM-Benut bagi semester 2 telah dirasmikan oleh ketua projek makmal komuniti UTM-Benut, iaitu Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus diiringi oleh Penghulu Mukim Benut Tuan Hj. Ali Mohammad serta barisan ketua-ketua Kampung Mukim Benut.

 

Makmal Komuniti UTM-Benut adalah medan yang mencetuskan kolaborasi, kreativiti, dan penyelesaian masalah bagi memperkukuhkan keupayaan dan kelestarian komuniti.

Bagi merealisasikan program Makmal Komuniti UTM-Benut kali ini, 148 orang mahasiswa UTM terlibat di bawah lima kursus pembelajaran servis, iaitu Kursus Budi Penyayang (Ts ChM Dr Nor Suriani Sani), Pembuatan Perabot (En Mohideen Kutty Omar), Kemahiran Pertanian (En. Abang Hipni Abang Abdul Manap), Teknologi Dron (Dr. Ahmad Nabil B. Md Nasir) dan Perkhidmatan Fotokreatif (En. Noorefendy Kassim).

Tahniah dan Syabas kepada pihak penganjur Pusat Akademik dan Pengalaman Pembelajaran (UTM CAEL), Institut Siswazah Tersedia Kehidupan (UTM iLeaGue) yang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus merangkap Ketua Projek Makmal Komuniti UTM-Benut serta semua pihak sama ada dari UTM mahu pun agensi lain yang terlibat khususnya Penghulu Mukim Benut Tuan Hj. Ali Mohammad serta barisan ketua kampung Benut dan tunggak utama adalah pihak komuniti Benut sendiri, Kampung Tampok Laut dan Kampung-kampung lain yang terlibat untuk meningkatkan kemajuan mukim Benut.
Antara pengisian Projek Makmal Komuniti UTM-Benut  dalam program pembelajaran servis adalah:
  • Menyediakan galeri pelancongan di Community Information Centre (CIC) UTM-Benut
  • Membangunkan Projek Landskap Pertanian “Herba Dapur” di Kompleks Penghulu
  • Menyediakan prototaip cadangan Pembangunan Eko Tourism Taman Rekreasi Kampung Tampok Laut
  • Membangunkan prototaip Mesin Penggredan Kerang
  • Membangunkan papan tanda Jeti Kampung Tampok Laut

Semoga kerjasama erat antara pihak UTM dan komuniti Benut memberikan pulangan yang terbaik kepada kemajuan mahasiswa UTM dan masyarakat pada masa kini dan kehadapan.

Explore More