April 20, 2024

Search
Close this search box.

Bicara anak muda anjuran PPZ MAIWP suntik semangat pelajar UTM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Seramai 10 orang pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur telah berpeluang menghadiri Program Bicara Anak Muda anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diadakan di Hotel Ideas, Jalan Raja Laut.

Program tersebut memberi peluang kepada pelajar untuk menjadi pemimpin yang berkaliber pada masa akan datang. Turut terlibat sama, pelajar dari  dua belas buah (12) Institutsi Pengajian Tinggi sekitar Wilayah Persekutuan, Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM), Universiti Poly-Tech Mara (UPTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Institut Kemahiran Mara Kuala Lumpur (IKMKL) dan lain lain lagi.

Pelajar didedahkan dengan kelebihan dan kelebihan berzakat tak terkecuali soalan tentang kerjaya yang bakal berlaku pada masa hadapan. Perkongsian ini amat istimewa dengan kehadiran ikon Briged Petani Moden Negeri Perak, Cik Puan Nuraisyah Shamsuddin yang merupakan pelajar jurusan Sarjana yang telah beralih bidang menjadi petani moden. Inspirasi menjadi pekebun sehingga berjaya menjadi pembayar zakat.

PPZ-MAIWP juga turut memberi sumbangan kepada pihak pelajar B40/Asnaf sebanyak RM 5,000.00 (Lima Ribu Ringgit Malaysia) untuk setiap Institusi Pengajian Tinggi yang terpilih.

#ppz

#maiwp

#kebajikanpelajarutmkl

 

Explore More