April 25, 2024

Search
Close this search box.

Perkongsian telus KPM, universiti selesaikan isu lambakan guru

Pendidikan menjadi sektor perkhidmatan awam paling besar di negara ini. Dalam Belanjawan 2023, Kementerian Pendidikan (KPM) diberikan peruntukan terbesar dalam bekalan dan pembangunan berbanding kementerian lain, iaitu RM52.6 bilion.

Sektor pendidikan sekolah sahaja membabitkan kira-kira 5 juta pelajar dan 400,000 guru dengan 10,230 sekolah di seluruh negara. Ini menjadikan nisbah guru kepada pelajar adalah 1:12, yang agak selesa dan lebih baik daripada nisbah purata antarabangsa (1:15) dilaporkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Justeru, apabila satu isu pendidikan ditimbulkan, pasti ramai terkesan termasuk seperti dilaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bahawa 10,000 guru bersara wajib dan bilangan sama juga dilaporkan memohon bersara awal setiap tahun, sekali gus menyebabkan KPM akan kehilangan 20,000 guru setiap tahun.

Ini satu bilangan besar, iaitu 5 peratus daripada jumlah guru KPM berbanding 1.6 peratus kakitangan awam bersara awal setiap tahun. Justeru, KPM wajar meneliti punca dari segi pemahaman guru terhadap budaya dan skop kerja, kepemimpinan sekolah, skim kenaikan pangkat guru secara time-based dan peluang jana pendapatan luar.

Selain meneliti punca, penyelesaian bagi mengatasi vakum ekoran persaraan awal dan wajib ini perlu dilihat juga. Terdapat 14 universiti awam (UA) menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) membekalkan guru sekolah menengah KPM dan 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) menghasilkan guru sekolah rendah, menurut memorandum dipersetujui KPM dan KPT sejak 2006.

Memorandum ini juga menetapkan pengambilan guru sekolah KPM datang dari IPGM dan UA sahaja, manakala graduan pendidikan Sabah dan Sarawak, universiti swasta boleh mengisi jawatan guru KPM di Sabah dan Sarawak (anak tempatan) pada kuota 10 peratus.

UA menghasilkan lebih kurang 7,000 guru sekolah menengah, manakala IPGM menghasilkan sekitar 5,000 guru sekolah rendah setiap tahun. Ini belum lagi mengambil kira graduan pendidikan daripada program diploma pendidikan di UA dan ISMP di universiti swasta.

Sumber : Berita Harian – 28 Mei 2023

Baca artikel

Explore More