April 19, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Siti Nur Fatin Hakimah Binti Ibnuzaman (JKM KTHO)

JOHOR BAHRU, 31 Okt.Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) sesi 2022/2023 dengan rasminya membuka tirai Konvensyen JKM 2022 setelah terbentuknya organisasi lengkap JKM KTHO melalui Kem Pembentukan JKM KTHO pada 22 Oktober yang lalu.

Konvensyen yang diadakan atas kesinambungan konvensyen sesi lepas adalah bertujuan untuk memantapkan lagi gerak kerja serta sasaran kerja tahunan (SKT) bagi setiap jawatankuasa dengan mendapatkan khidmat nasihat dan pengalaman dari ahli-ahli JKM KTHO sesi lepas.

Melalui perkongsian tersebut, sememangnya segala permasalahan yang berlaku pada sesi lepas dapat ditambahbaik bagi sesi kini, seterusnya dapat membentuk kepimpinan yang padu antara ahli JKM yang sedang bergiat aktif berusaha demi kesejahteraan penghuni KTHO. 

Barisan JKM sesi lepas bersama JKM sesi kini seramai 29 orang telah menghadirkan diri ke konvensyen tersebut dan disertai barisan Majlis Felow Merbauan (MAFAN) dalam turut sama-sama menjayakan konvensyen ini.

Konvensyen ini dimulakan dengan perkongsian yang disampaikan oleh saudara Ahmad Fawwaz Muzakkir Bin Abd Patar, selaku mantan pengerusi JKM KTHO bagi sesi 21/22. Beliau telah menyampaikan beberapa perkara kepada penghuni KTHO seperti tugas sebagai ahli JKM KTHO, segala aktiviti kebajikan yang pernah dijalankan, dan seterusnya program beserta aktiviti yang melibatkan para pelajar.

Melalui penyampaian yang disampaikan, sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada JKM kini untuk mempertingkat lagi kecemerlangan dalam membentuk organisasi yang bersatu padu.

Perkongsian oleh saudara Ahmad Fawwaz, bekas pengerusi JKM KTHO sesi 21/22.

Bagi meningkatkan lagi keunggulan JKM KTHO, sesi perkongsian berkenaan program Top Bidder telah disampaikan oleh dua orang pengarah yang terdiri daripada saudara Amirul Irfan bin Shahrul Izar, selaku pengarah program Merbauan Carnival 2022 (MECAR’22) dan juga saudara Mohd Ashraf Fahmi bin Mohd Nazri, selaku pengarah program Merbauan Science and Technology Day 2022 (MeSTeD’22). 

Perkongsian tersebut  banyak menitikberatkan impak yang dapat diperolehi melalui  penganjuran dua program tersebut, mesej  yang ingin disampaikan dalam kalangan komuniti, penajaan yang berjaya dihasilkan, rakan kerjasama yang strategik, penglibatan bersama pihak luar, serta penambahbaikan yang boleh dijadikan sebagai penggalak  kemajuan program Top Bidder akan datang.

Perkongsian oleh saudara Amirul Irfan berkenaan program Top Bidder MECAR’22.

Perkongsian oleh saudara Ashraf Fahmi berkenaan program Top Bidder MeSTeD’22.

Konvensyen JKM 2022 diteruskan lagi dengan perbincangan antara biro JKM sesi 22/23 bersama biro JKM sesi 21/22. Segala input yang disampaikan, perubahan yang perlu dititikberatkan serta pelaksanaan gerak kerja yang lebih sistematik telah dibincangkan dengan bantuan barisan MAFAN.

Diharapkan ahli JKM KTHO 22/23 dapat mengambil maklum terhadap segala perkongsian yang disampaikan khususnya yang melibatkan pengurusan dan pelaksanaan gerak kerja masing-masing, agar bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada penghuni KTHO, bahkan  dapat memberikan kebaikan kepada seluruh warga UTM. 

Sesi bergambar JKM KTHO sesi 21/22 dan sesi 22/23 bersama barisan MAFAN selepas berakhirnya Konvensyen JKM 2022.

Explore More