April 19, 2024

Search
Close this search box.

Kebolehpasaran Graduan UTM 98 Peratus Paling Laku!

Johor Bahru – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merekodkan kadar kebolehpasaran graduan tertinggi dalam negara bagi sebuah universiti awam pada tahun lalu iaitu sebanyak 98 peratus.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 31.2 peratus pula direkodkan sebagai peratusan graduan yang menerima gaji premium RM4,000 dan ke atas.

Menurut beliau, statistik itu menunjukkan graduan universiti itu sentiasa menjadi pilihan pihak majikan dan industri atas kebolehan mereka.

“UTM juga ada menerima penarafan enam bintang sebagai employer preferred university dan juga penarafan lima bintang dalam pelbagai sektor berkaitan teknologi.

“Ini sekali gus membuktikan kebolehan graduan kita, walaupun kita tidak melihat sesuatu penarafan itu sebagai kayu ukur kejayaan universiti,” katanya ketika sidang media yang diadakan selepas Majlis Konvokesyen UTM Ke-66 di UTM Skudai di sini, kelmarin.

Sumber : Harian Metro – 26 November 2022

Baca artikel

Explore More