April 19, 2024

Search
Close this search box.

NILAI, 19 Sept. – Kecemerlangan Nur Syafika Natasha Kadir dalam acara berbasikal lebuh raya berpasukan wanita diteruskan apabila sekali lagi berjaya menuai pingat emas dalam acara berbasikal trek kejar mengejar berpasukan wanita di Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022.

Selain Nur Syafika, kuartet kejar mengejar wanita Johor ini turut dibarisi Siti Nur Adibah Akma Mohd Fuad, Khairunissa Aleeya Saifulnizam dan Normastura Norman.

Nur Syafika Natasha (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan berjaya merealisasikan emas ke-30 buat Johor. – Gambar: FB MSNJ.

Velodrom Nasional Nilai menjadi saksi kehebatan gandingan tersebut apabila mereka berjaya memecahkan rekod kebangsaan sebanyak dua kali, dengan mencatat masa 4:47.317 pada pusingan akhir dan 4:52.955 pada pusingan kelayakan, sekali gus memadam rekod kebangsaan 4:57.898 yang dicatat pasukan negara di Kejohanan Berbasikal Asia 2018.

Dalam pusingan penentuan pingat emas dan perak acara kejar mengejar berpasukan wanita ini, pasukan Johor telah mengatasi pasukan Terengganu, yang mana ia merupakan pingat emas yang ke-30 buat kontinjen Harimau Selatan.

Detik-detik kayuhan emas Nur Syafika bersama rakan sepasukan. – Gambar: NSTP/Owee Ah Chun.

Ini merupakan pingat emas SUKMA yang kedua bagi Nur Syafika Natasha, yang juga merupakan pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sehingga jam 10.00 malam (19 September 2022), kontinjen Harimau Selatan telah memperoleh 35 pingat emas, 25 pingat perak dan 16 pingat gangsa, sekali gus semakin menghampiri sasaran 50 pingat emas yang ditetapkan.

Explore More