April 24, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 26 Sept. – Ekosistem kampus selamat merupakan salah satu daripada tujuh strategi Rangka Tindakan Kesejahteraan Pendidikan Tinggi atau Sejahtera IPT demi mewujudkan suasana kampus yang kondusif dan selamat. Justeru, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan inisiatif Kolej Angkat.

Datuk Naib Canselor menanam pokok hiasan sebagai simbolik pelancaran program.

Inisiatif Kolej Angkat merupakan satu pelan tindakan bersinergi antara entiti kolej kediaman (di bawah pentadbiran Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Jabatan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar) bersama entiti pengurusan akademik (fakulti dan sekolah) serta pusat tanggungjawab (PTJ) universiti yang lain, dalam usaha memastikan kolej-kolej kediaman UTM berada dalam keadaan bersih, ceria, selamat dan kondusif menjelang Minggu Mesra Mahasiswa (3M) sesi 2022/2023.

Sukarelawan menyapu daun kering di sekitar kawasan kolej kediaman.

Pelancaran Kolej Angkat dan Gotong Royong Perdana UTM telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail di Kolej Tun Hussein Onn (KTHO). Enam anak pokok hiasan turut ditanam sebagai simbolik pelancaran program.

Sukarelawan mengutip dan mengumpul daun kering di sekitar blok kediaman pelajar.

Turut hadir sama adalah Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Ts. Dr. Mohd Hamdan Ahmad; Pendaftar UTM, Pn. Nor Azizah Ismail; Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman; pegawai-pegawai kanan universiti serta sukarelawan yang terdiri daripada staf dan mahasiswa UTM.

Baja organik ditabur untuk menyuburkan pokok yang ditanam di sekitar kolej.

Setiap kolej kediaman di UTM Kampus Johor Bahru akan menjadi kolej angkat kepada fakulti, sekolah dan PTJ yang telah ditetapkan. Kolej-kolej lingkaran dalam seperti Kolej Rahman Putra (KRP), Kolej Tun Fatimah (KTF), Kolej Tun Razak (KTR), Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) dan Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) akan menjadi kolej angkat kepada Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH), Fakulti Sains (FS), Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA) dan Sekolah Komputeran (SC).

Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) bersama sukarelawan menceriakan kawasan kolej.

Sementara itu, kolej-kolej lingkaran luar seperti Kolej Tuanku Canselor (KTC), Kolej Perdana (KP), Kolej 9 & 10 (K9&10), Kolej Datin Seri Endon (KDSE) dan Kolej Dato’ Onn Jaafar (KDOJ) akan menjadi kolej angkat kepada Sekolah Kejuruteraan Elektrik (SKE), Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS), Sekolah Kejuruteraan Mekanikal (SKM) & UTM Digital, Jabatan Bendahari, dan Jabatan Pendaftar & Jabatan Perpustakaan.

Sesi bergambar Datuk Naib Canselor bersama sukarelawan yang hadir.

UTM berharap inisiatif Kolej Angkat akan mewujudkan suasana kampus yang kondusif, selesa dan sejahtera menjelang kedatangan pelajar baharu sesi 2022/2023, sekali gus memenuhi penanda aras ekosistem kampus selamat sebagaimana yang telah digariskan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

 

Explore More