April 26, 2024

Search
Close this search box.

Lawatan Kerja UTM International Ke Education Malaysia Global Services (EMGS) KL

Kuala Lumpur, 9 Jun – UTM International telah mengadakan lawatan kerja ke Education Malaysia Global Services (EMGS) di Menara TA One, Kuala Lumpur. 

Seramai 18 orang staf dari Unit International Student and Scholar Services (I3S), UTM International Johor Bahru dan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Puan Punithavalli a/p Marimuthu telah menyertai lawatan ini.

Delegasi UTM International disambut oleh En Ramlan Abd. Aziz, Pengarah Perkhidmatan Pengurusan Antarabangsa bersama empat orang lagi pegawai EMGS iaitu En. Mohd Farha Md Ishak, En. Zinnun Al-Rasid Shiful Bahari, En. Mohd Khalid Md Zailani dan En. Amardeep Singh Dhanoa.

Objektif lawatan adalah untuk memperkenalkan Pegawai dan Staf Unit International Student and Scholar Services (I3S), UTM-iJB dan UTM-iKL serta mengetahui lebih lanjut tentang sistem STARS di samping membincangkan masalah-masalah teknikal mengenai permohonan pas pelajar/visa  yang dihadapi oleh UTM International.

Delegasi UTM International seterusnya dibawa ke Aras 20 untuk melihat sendiri bagaimana urusan di kaunter EMGS dijalankan.

Explore More