April 26, 2024

Search
Close this search box.

Tautan Kasih SEJATI Anjuran Sekterariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI)

Tautan Kasih SEJATI yang telah dijalankan berakhir pada 23 April 2022 lalu merupakan satu program kerohanian di bawah Persatuan Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI) yang bertujuan menggalakkan para pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk beribadah dalam mengejar keberkatan yang hanya ada pada bulan yang mulia tersebut.

Pengarah program, Nur Insyirah binti Ash’ari berkata, program ini juga bertujuan untuk menambah ilmu para peserta berkenaan peristiwa-peristiwa penting yang telah berlaku sepanjang bulan tersebut selain bersasar untuk melahirkan generasi yang tidak hanya mengamalkan pembacaan Al-Quran, tapi juga memahami isi ayatnya.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan di bawah program ini seperti aktiviti Tadarus Al-Quran yang terbuka kepada semua peserta dari IPTA dan IPTS.

Aktiviti tersebut telah dimeriahkan dengan disertai lebih 80 orang peserta dari dalam dan juga luar UTM yang turut menyajikan para peserta dengan hadiah menarik dari Habib Jewels.

Selesainya aktiviti Tadarus Al-Quran, program diteruskan dengan majlis penutup yang telah berlangsung pada 23 April.

Majlis penutup ini dimulakan dengan bacaan 10 surah terakhir dalam kitab suci Al-Quran dan diteruskan dengan pelbagai perkongsian menarik oleh Dr. Muhammad Talhah, pensyarah terhormat dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Encik Khairul Anuar bin Che Yop, Ketua Agen Takaful bagi Golongan B40 dari Great Eastern Takaful Berhad. Turut disediakan adalah aktiviti cabutan bertuah kepada para peserta.

Sesi perkongsian oleh Encik Khairul Anuar mengenai kepentingan insurans kepada para pelajar, khususnya golongan B40
Sesi perkongsian oleh Dr. Talhah mengenai peristiwa-peristiwa sepanjang bulan Ramadhan
Sesi cabutan bertuah

Dengan berakhirnya sesi cabutan bertuah, program secara rasminya berakhir.

SEJATI bersama barisan AJK Pelaksana program berharap agar para peserta dapat menerima manfaat yang disediakan oleh program ini dan semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. dalam bulan Ramadhan yang mulia.

Explore More