Mac 2, 2024

Search
Close this search box.

UTM International Terima Lawatan Kerja Daripada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor

Laporan oleh: Hjh Nor Azlinda Abu Bakar & Pn. Punithavalli Marimuthu

JOHOR BAHRU, 3 Mac — UTM International (UTM-i) telah menerima kunjungan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor dalam rangka lawatan kerja bagi menjalin hubungan kerjasama dua hala dalam urusan berkaitan pas pelajar antarabangsa selain memperkenalkan barisan pengurusan baharu di UTM-i.

Pertemuan turut dijalankan secara hybrid melalui talian aplikasi Zoom.

Pro-Naib Canselor (Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Mohd Ismid bin Md Said dan wakil pengurusan yang terdiri dari Timbalan Pendaftar Kanan, Pn. Punithavalli a/p Marimuthu; Timbalan Pendaftar, Hjh. Nor Azlinda binti Abu Bakar; Penolong Pegawai Tadbir, Pn Ayu Azrin binti Abdul Aziz serta beberapa staf sokongan telah menyambut kedatangan delegasi Jabatan Imigresen Johor.

Delegasi tersebut diketuai oleh Pn. Suzila binti Suhya selaku Ketua Bahagian Visa, Pas dan Permit Imigresen Johor, Pn. Noor Shaheda binti Yahaya sebagai Ketua Unit Pas Pelajar dan En. Muhamad Faizal bin Ramli. Bahagian Visa, Pas dan Permit merupakan bahagian yang bertanggungjawab dalam memberi khidmat nasihat dan kemudahan pas jangka panjang yang relevan dengan tujuan kemasukan kepada warganegara asing termasuklah pelajar antarabangsa UTM.

Dalam sesi pertemuan itu, delegasi Jabatan Imigresen Johor telah diberi taklimat oleh Pro-Naib Canselor (Antarabangsa) tentang informasi ringkas berkaitan Universiti serta latar belakang UTM-i yang kini menguruskan 5,081 orang pelajar antarabangsa dari 80 negara di seluruh dunia terutamanya dari Indonesia, China dan Bangladesh.

Unit International Student & Scholar Services (I3S) merupakan unit yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal visa dan pas pelajar, staf akademik/penyelidikan serta tanggungan dengan kerjasama Education Malaysia Global Services (EMGS) dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor.

Pihak UTM International turut membentangkan pelaporan statistik EMGS berkaitan  penerimaan permohonan dan kelulusan VAL oleh pihak EMGS dan Jabatan Imigresen Johor termasuklah permohonan dan kelulusan bagi pelajar baharu UTM.

Selain itu, kedua-dua pihak JIM dan UTM-i telah membincangkan beberapa cadangan penambahbaikan untuk membantu dalam melancarkan lagi urusan pas pelajar antarabangsa UTM. 

Di akhir sesi lawatan ini, delegasi Jabatan Imigeresen Johor telah dibawa melawat sekitar pejabat operasi UTM International termasuk kaunter perkhidmatan untuk melihat dengan lebih jelas perkhidmatan yang disediakan.

Secara keseluruhannya, lawatan kerja dan sesi perbincangan bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama di antara pihak Jabatan Imigresen Johor dengan UTM International berjalan lancar.

Semoga sesi lawatan kerja ini dapat memberi manfaat jangka panjang dalam hubungan dua hala kedua-dua belah pihak.

Explore More