April 25, 2024

Search
Close this search box.

Aishah Yasin Pelajar AHIBS UTM Dinobatkan Anugerah Siswa Johor Terbaik Keusahawanan

Mahasiswa jurusan Pengurusan Teknologi dari Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Siti Nur Aishah Binti Md Yasin yang berasal dari Pontian, Johor ini telah menaikkan nama universiti apabila telah berjaya memenangi Anugerah Siswa Johor Terbaik Keusahawanan dalam Majlis Anugerah Ikon Siswa Johor 2021 (AISJ) anjuran Kerajaan Negeri Johor bersama Yayasan Pelajaran Negeri Johor (YPJ) dan Insititut Dato Onn yang berlangsung di KSL Hotel & Resort Johor Bahru.

Dengan kemenangan tersebut, beliau berjaya membawa pulang Anugerah Siswa Johor Terbaik Keusahawanan ini telah menerima wang tunai RM1,000, trofi, dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan, YB. Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi.

Aishah Yasin (kanan) Menerima Anugerah Siswa Johor Terbaik Keusahawanan dari Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan, YB. Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi.

AISJ ini merupakan anugerah berprestij untuk mengiktiraf mahasiswa yang merupakan anak kelahiran Negeri Johor. Sebanyak 5 anugerah individu dalam bidang akademik, kebudayaan, kepimpinan, keusahawanan dan kesukarelawan telah dipertandingkan oleh lebih 60 orang calon. Hanya seorang sahaja pemenang utama akan dinobatkan bagi setiap kategori anugerah individu tersebut.

Majlis ini telah menghimpunkan kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada pengurusan tertinggi Kerajaan Neger Johor, pengurusan tertinggi Universiti Awam (UA) dan mahasiswa, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bertaraf universiti dan kolej universiti, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Selaku pemenang utama Anugerah Siswa Johor Terbaik Keusahawanan, Aishah Yasin, 22, anak kelahiran Pontian, Johor yang merupakan Presiden Kelab PEMADAM UTM ini amat bersyukur diatas penganugerahan ini dan berterima kasih kepada kedua ibu bapanya yang sentiasa memberikan sokongan dan doa kepada beliau serta kepada pihak UTM terutamanya Penasihat Kelab PEMADAM UTM, Puan Noorhadayah Binti Ahmad yang telah mencungkil dan mengasah bakat kepimpinan beliau.

Gambar Menunjukkan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Prof. Dr. Shamsul Bin Sahibuddin Bersama Pemenang Utama Anugerah Siswa Johor Terbaik Keusahawanan, Aishah Yasin dalam Majlis Anugerah Ikon Siswa Johor 2021.
Gambar Menunjukkan Penasihat Kelab PEMADAM UTM, Puan Noorhadayah Binti Ahmad Bersama Pemenang Utama Anugerah Siswa Johor Terbaik Keusahawanan, Aishah Yasin di KSL Hotel & Resort Johor Bahru.

Siti Nur Aishah atau lebih dikenali sebagai Aishah Yasin ini sememangnya merupakan seorang mahasiswa yang sangat aktif dalam menjalankan pelbagai program berimpak tinggi bukan sahaja memfokuskan kepada mahasiswa namun turut memberi impak kepada masyarakat dan sering bekerjasama dengan agensi-agensi di Negeri Johor seperti PEMADAM Negeri Johor, AADK Negeri Johor dan lain-lain.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Prof. Dr. Shamsul Bin Sahibuddin dan pegawai JTNC HEP yang hadir dalam majlis tersebut turut menzahirkan rasa syukur dan bangga atas kemenangan ini.

Gambar Merakamkan Swafoto Kenangan Bersama Penasihat Persatuan, Pegawai JTNCHEP serta Mahasiswa UTM yang Hadir dalam Majlis Anugerah Ikon Siswa Johor 2021 di KSL Hotel & Resort Johor Bahru.

Explore More