April 25, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 1 Nov – Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail telah dimumukan sebagai salah seorang penerima anugerah Akademi Saintis Dunia (TWAS) dalam kategori Sains dan Kejuruteraan.

Penganugerahan itu telah diumumkan dalam Persidangan Agung TWAS ke-15 yang berlangsung secara dalam talian pada 1 November lalu.

Anugerah TWAS telah dianugerahkan kepada saintis dari negara membangun sebagai mengiktiraf sumbangan cemerlang mereka kepada pengetahuan saintifik dalam Sains Pertanian, Biologi, Kimia, Bumi, Astronomi dan Sains Angkasa, Sains Kejuruteraan, Matematik, Sains Perubatan, Fizik, Sains Sosial serta aplikasi sains dan teknologi untuk pembangunan mampan.

Prof. Fauzi telah menerima anugerah ini bagi menghargai pencapaian cemerlang beliau dalam bidang teknologi membran dan nanoteknologi bagi digunakan dalam sektor perawatan air kumbahan serta pengasingan gas dan hemodialisis.

Pencalonan untuk penerimaan anugerah bagi Prof. Fauzi telah diberikan oleh Prof. Emeritus Dr Tekashi Matsuura dari Universiti Ottawa, Kanada.

Antara kriteria yang ditetapkan bagi penerimaan anugerah ini adalah penerima mestilah tinggal dan bekerja di negara membangun sekurang-kurangnya 10 tahun secara berturutan sebelum mereka dicalonkan.

Pencapaian berprestij ini selaras dengan misi UTM untuk berada di barisan hadapan sebagai penyedia teknologi inovatif melalui penyelidikan berimpak tinggi di samping membuktikan bahawa universiti ini komited dalam menjayakan agenda Matlamat Pembangunan Mampan.

Anugerah TWAS 2020 in Engineering and Sciences yang telah dianugerahkan kepada Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail sebagai menghargai pencapaiannya dalam bidang penyelidikan teknologi membran untuk tujuan perawatan air kumbahan dan juga pengasingan gas dan nanoteknologi.
Prof. Fauzi menyampaikan ucapan ketika Persidangan Agung TWAS ke-15 yang berlangsung secara dalam talian pada 1 November 2021 yang lalu.

Explore More