April 25, 2024

Search
Close this search box.

Oleh: Wan Nur Asyura Wan Adnan dan Nurfarah Athirah Abdullah Sidek

KUALA LUMPUR, 7 Sept. — Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) kampus Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui jawatankuasa Kursus Pendek telah menganjurkan program Bual Santai Bahasa Jepun pada 25 Ogos 2021.

Program tersebut bertujuan untuk menyediakan platform perkongsian kepada pelajar yang menguasai asas Bahasa Jepun menggunakan kemahiran bahasa tersebut dengan penutur Bahasa Jepun lain, di samping mendapat bimbingan guru Bahasa Jepun.

Program yang julung kali dianjurkan ini berjaya menarik seramai 23 orang peserta daripada kalangan pelajar UTM yang mempunyai asas kemahiran Bahasa Jepun. Bual santai yang diadakan menerusi platform Webex ini dirancakkan lagi dengan kehadiran moderator, Puan Nurfarah Athirah Abdullah Sidek dan guru Bahasa Jepun FSSK KL, Encik Muhammad Al-hakim Naziruddin yang menyelia program ini.

Sewaktu sesi bual santai berlangsung, peserta telah diberi bimbingan dan galakan untuk mempraktikkan kemahiran mereka dalam bertutur dalam Bahasa Jepun. Di akhir kursus, peserta telah memberi respon bahawa mereka berasa lebih yakin untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Jepun dan mengharapkan lebih banyak program seumpama ini diadakan di UTM.

Peluang untuk menggunakan bahasa asing terutamanya Bahasa Jepun dilihat sangat terhad kerana kebiasaannya bahasa ini hanya digunakan di dalam kelas.

Konsep bual santai yang diperkenalkan memberi manfaat kepada pelajar UTM khususnya yang mempunyai asas Bahasa Jepun tetapi tidak dapat menggunakan bahasa tersebut di luar bilik darjah.

Melihatkan kepada respon positif yang diterima, FSSK KL akan terus menganjurkan program seumpama ini pada masa hadapan.

Peserta program Bual Santai Bahasa Jepun FSSK KL

Explore More