April 24, 2024

Search
Close this search box.

Projek agro usahawan lestari, KTHO From Waste to Wealth Hub yang secara rasminya membuka tirai pada 13 Mac 2021 lalu dilihat semakin menampakkan potensinya dalam menjana pendapatan universiti di samping memanfaatkan sisa dapur dan makanan yang terhasil di sekitar kampus untuk dijadikan sebagai baja organik. S

elari dengan kelestarian sebagai salah satu nilai teras ISES UTM, ia juga menepati salah satu keutamaan strategik UTM enVision 2025, iaitu menyediakan pengalaman kehidupan kampus lestari kepada mahasiswa, staf dan komuniti. Projek KTHO From Waste to Wealth Hub dilihat berupaya untuk ditonjolkan sebagai contoh makmal alami (living lab) di setiap peringkat organisasi terutamanya di UTM.

Tanaman cili centil secara fertigasi menerusi projek KTHO From Waste to Wealth Hub membuahkan hasil yang amat menggalakkan.


Pelaksanaan projek KTHO Waste to Wealth, bermula dengan fasa pertama iaitu pembinaan fasiliti tapak tanaman, nurseri dan ternakan ayam organik, diikuti fasa kedua iaitu siri percambahan pengetahuan mengenai penghasilan baja organik, penyubur tanaman dan penghalau serangga secara organik.

Fasa ketiga pula mula memfokuskan kepada penanaman produk komoditi seperti jagung pulut, terung, brokoli, cili centil, kacang panjang, kunyit, halia, sayur-sayuran dan kacang bendi. Sejak dimulakan sehingga kini, projek ini mula membuahkan hasil agrotani yang amat menggalakkan terutama menerusi hasil tanaman cili centil dan terung. Malah, pemasaran hasil agrotani tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggan tetap yang sememangnya menginginkan produk agrotani yang dihasilkan secara lestari.

Antara usaha mempromosi hasil projek di dalam kampus yang dilaksanakan untuk tujuan memperkenalkan produk dari projek ini.

Hasil tanaman terung dilihat subur dengan menggunakan baja organik.

Di dalam kesibukan memastikan kelangsungan projek dan juga melaksanakan aktiviti promosi produk, jawatankuasa pelaksana projek yang diketuai Dr. Norahim bin Ibrahim, selaku Pengetua KTHO turut tidak ketinggalan untuk berkongsi input dan pengetahuan yang bermanfaat kepada masyarakat sekeliling. Contohnya, hasil tulisan beliau berkisarkan baja kulit rambutan, baja sisa makanan, air rendaman kulit bawang sebagai penyubur tanaman dan baja perut ikan telah diterbitkan secara atas talian menerusi platform majalah digital, majalah ‘Keluarga’, manakala penulisan berkenaan manfaat baja kulit pisang dan kulit bawang turut mendapat perhatian sebuah lagi platform majalah digital ‘Impiana’.

Selain cili centil dan terung, anak pokok pak choy turut disemai di sekitar KTHO.

Dalam masa beberapa bulan akan datang, projek KTHO From Waste to Wealth Hub berhasrat untuk mengorak selangkah lagi dengan penghasilan anak-anak pokok dan baja organik untuk dipasarkan. Strategi serampang dua mata ini bukan sahaja akan menjana pendapatan, malah konsep pertanian lestari akan semakin berkembang dengan penglibatan dan sokongan komuniti sekitar secara tidak langsung, sekaligus memacu projek ini ke fasa yang keempat, iaitu menjadikan KTHO sebagai pusat latihan (training center) untuk program pertanian lestari.

Pautan artikel platform majalah digital:
[1]https://www.keluarga.my/kulit-buah-jangan-buang-kitar-semula-buat-baja-pensyarah-kanan-dan-penyelidik-pertanian-organik-ini-tunjukan-cara-suburkan-pokok-2/
[2]https://www.keluarga.my/tanah-tak-subur-punca-pokok-tanam-tak-menjadi-pekebun-ini-tunjukan-cara-guna-sisa-makanan-buat-baja-2/#.YPMMrFzafig.facebook
[3]https://www.keluarga.my/tak-guna-racun-kimia-hanya-guna-air-rendaman-kulit-bawang-lelaki-ini-tunjukan-cara-nak-buat-pokok-makin-subur-elak-serangan-serangga-perosak-2/
[4]https://www.impiana.my/resepi-baja-powerful-dari-kulit-pisang-dan-kulit-bawang-untuk-lebatkan-bunga-dan-pucuk/?fbclid=IwAR3_F_QVNCJPlgNZwj4gq7_oiJTSHzkg8NUe6ZwzrQd0hy2OUbQpjuxwj98
[5]https://www.keluarga.my/pensyarah-pertanian-ini-kongsi-cara-buat-baja-guna-perut-ikan-rupanya-pokok-jadi-lebih-subur-dan-daun-besar-besar/?fbclid=IwAR2M6moJggvglS86H488RTdCGYufrC-TgnphYpzLvrQ1cLkkze7uXDQzK7w

Explore More