April 18, 2024

Search
Close this search box.

Hari Kokurikulum Kolej 9&10 Eratkan Hubungan antara JKM Kolej

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa 9&10 telah menjalankan Hari Kokurikulum Kolej 9&10 menampilkan dua program menarik iaitu Program Bicara Pengurusan Keselamatan Kolej 9&10 serta Sehari bersama Majlis Felo pada 21 Mei dan 15 Jun 2021. 

Program Bicara pengurusan keselamatan panel jemputan ialah En Muhd Faizal Bin Abd Latib dan untuk program Sehari bersama Majlis Felo panel jemputan ialah Pengetua Kolej 9&10 iaitu Prof Madya Ts. Dr. Abd Rahman Bin Tamuri  dan Pengerusi JKM 9&10 iaitu Muhd Ridhwan Bin Othman.

Program ini telah berjaya memberikan impak yang besar kepada mahasiswa/wi kerana banyak input-input penting yang disampaikan oleh panel-panel jemputan. Dalam kedua-dua program ini juga telah menjawab segala persoalan yang mungkin sebelum ini menjadi tanda tanya pelajar di kolej ataupun di luar universiti.

Objektif utama program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa 9&10 ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara Jawatankuasa Kolej Mahasiswa sesi 2020/2021 dengan Pelajar. Selain itu, program ini juga untuk memberi penerangan mengenai prosedur pemilihan bilik Kolej 9&10 untuk semester 1 sesi 2021/2022. Akhir sekali, untuk memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai keselamatan di kolej.

Menurut Mohd Faizal Bin Abd Latib selaku panel jemputan ada mengatakan harapan beliau  “Kita bersama melalui peringkat PKP awal bulan march dulu dan harapan saya harap semua pelajar bersabar. Beliau juga memberi pesanan kepada kita semua supaya jaga diri, tolong kawal emosi dan jangan sebarkankan berita palsu Akhir sekali, beliau mengingatkan kembali supaya bersabar dan jangan lupa untuk berdoa kerana doa itu senjata bagi orang islam dan diharapkan semua sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kepada kerajaan dan universiti dalam mengendalikan isu penyakit Covid-19 ini”

Pada 15 Jun 2021 Jawatankuasa Kolej Mahasiswa 9&10 telah mengadakan sekali lagi program iaitu Sehari Bersama Majlis Felo, program ini sepatutnya bermula pada pukul 2.30 petang akan tetapi dianjakkan pada pukul 8.30 malam atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Tetamu jemputan bagi program ini ialah Pengetua Kolej 9&10 iaitu Prof Madya Ts. Dr. Abd Rahman Bin Tamuri  dan Pengerusi JKM 9&10 iaitu Muhd Ridhwan Bin Othman serta tidak dilupakan juga kepada barisan Majlis Felo yang lain.

Antara soalan yang telah dijawab oleh Pengetua Kolej 9&10 iaitu Prof Madya Ts. Dr. Abd Rahman Bin Tamuri dan Pengerusi JKM 9&10 iaitu Muhd Ridhwan Bin Othman

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara mahasiwa, Barisan ahli JKM dan Majlis Felo serta bagi menjawab segala persoalan yang berkaitan dengan urusan dalaman kolej 9&10. Oleh itu, banyak soalan yang telah dilemparkan daripada pelajar Kolej 9&10 melalui google form yang telah dibuka sebelum program berlangsung untuk dijawab oleh tetamu jemputan program. Selesai untuk sesi soal jawab dan sesi bergambar, program diteruskan lagi dengan persembahan video iaitu Kolej 9&10 Virtual Tour bagi mengubati rindu yang mendalam semua mahasiswa Kolej 9&10 serta pelajar tahun 1 yang tidak dapat masuk ke dalam Kolej.

Jutaan terima kasih juga buat semua ahli jawatan kuasa program yang bersama-sama menjayakan program yang amat memberi makna ini .

Kesimpulannya, di sini dapat disimpulkan program Bicara Pengurusan Keselamatan serta Sehari bersama Majlis Felo telah memberikan banyak manfaat kepada pelajar dengan input-input yang penting yang disampaikan bagi menambahkan lagi pengetahuan pelajar mengenai Kolej 9&10.

Kedua-dua program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada semua pelajar Kolej 9&10 serta pelajar dari kolej lain. Sambutan yang agak itu telah membuka mata untuk mengadakan program seperti ini pada masa akan datang kerana banyak kebaikan dan kelebihan yang akan diperolehi oleh pelajar dengan membincangkan perkara-perkara penting lagi-lagi hal yang berkaitan dengan kolej. Oleh itu, pihak penganjur berbesar hati supaya barisan Majlis Ahli JKM  dapat mengadakan program  seperti ini pada masa akan datang dengan topik-topik yang lebih menarik perhatian mahasiswa kolej.

Explore More