Disember 14, 2024

Search
Close this search box.

Johor Bahru, 19 April – UTMAlumni sentiasa prihatin dengan kebajikan dan keperluan pelajar.

Terbaru, UTMAlumni menganjurkan program agihan 1000 paket kurma dan pelitup muka kepada mahasiswa di Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) hari ini.

Serahan paket kurma dan pelitup muka diserahkan sendiri oleh Pengarah UTMAlumni, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Hisyam bin Rasidi kepada wakil Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) yang turut disaksikan Dr. Norahim Ibrahim, Pengetua KTHO.

Program yang julung kali diadakan oleh UTMAlumni ini adalah bagi memeriahkan kedatangan bulan Ramadan kali ini serta meraikan kepulangan mahasiswa ke kampus selepas ‘terkandas’ akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada awal tahun ini.

Selain itu, program agihan sumbangan ini adalah sebahagian tanggungjawab UTMAlumni bagi menjalin hubungan harmoni dan keakraban dengan mahasiswa.

UTMAlumni pada tahun ini menyediakan lebih 3700 paket kurma dan pelitup muka untuk diagihkan kepada semua mahasiswa di kolej-kolej termasuk di Kolej Siswa Jaya, UTM Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini.

Tempoh agihan paket sumbangan kurma dan pelitup muka ini dibuat secara berperingkat kepada mahasiswa melalui agihan di kolej-kolej kediaman bermula 19 April dan 21 April 2021.

Manakala di Kolej Siswa Jaya, Kuala Lumpur akan dibuat pada 25 April nanti.

Pengagihan ini diharap dapat mengubat sedikit kerinduan pelajar kepada keluarga kerana terpaksa berjauhan oleh sebab pandemik COVID-19.

Explore More