April 23, 2024

Search
Close this search box.

FSSH Menghargai Staf Melalui Majlis Sanjungan Budi – Budi Bertahun Segunung Intan 2020

Berpegang kepada tagline – Mendidik dan Menginsan – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya menganjurkan ‘Majlis Sanjungan Budi – Budi Bertahun Segunung Intan’ peringkat fakulti bagi tahun 2020, menggantikan majlis peringkat Universiti yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020 atas faktor pandemik Covid-19.

Majlis yang diadakan pada 11hb April 2021 yang lalu telah dirasmikan oleh Dekan FSSK iaitu Prof Dr Zaidatun bte Tasir.

Seramai enam (6) orang staf telah diraikan atas perkhidmatan 20 tahun di UTM, 13 orang staf atas perkhidmatan 30 tahun dan seorang staf diraikan atas perkhidmatan selama 40 tahun.

Majlis yang julung-julung kalinya diadakan oleh FSSH atas inisiatif FSSHeart 2021 ini telah dilaksanakan secara webinar di talian webex FSSH dan juga Facebook FSSH.

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan Al Mubarak yang bakal tiba juga, majlis ini telah dimulakan dengan Program Siri Kuliah Motivasi siri ke empat (4) yang disampaikan oleh Prof Dr Ajmain bin Safar di atas tajuk “Ramadan Mantapkan Peribadi”.

Prof Dr Zaidatun dalam ucapan perasmiannya telah menyampaikan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada jasa, sumbangan, komitmen dan usaha yang telah diberikan oleh staf berkenaan sepanjang berkhidmat di UTM.

Segala sumbangan dan budi amatlah dihargai dan hanya Allah S.W.T saja yang dapat membalasnya.


Diakhir ucapan beliau, disampaikan dua (2) rangkap pantun sebagai tanda penghargaan kepada semua penerima:


Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-layuan
Intai Kami Antara Nampak
Esok Jangan Rindu-rinduan

Anak Cina Pasang Lukah
Lukah Dipasang Di Tanjung Jati
Di Dalam Hati Tidak ku Lupa
Sebagai Rambut Disimpul Mati


Disediakan oleh
Khairull Azmi Bin Ishak
Timbalan Pendaftar
FSSH

12 April 2021

Explore More