April 25, 2024

Search
Close this search box.

Pusat Kajian Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM CRES) telah mengadakan Bengkel Pelan Tindakan bagi tahun 2021 pada hari Isnin, 1 Februari 2021 secara dalam talian melalui aplikasi CISCO Webex bagi mengekang penularan Covid-19 yang berlaku hampir setahun di seluruh dunia. Bengkel ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan disertai oleh felo penyelidik, felo penyelidik bersekutu, felo penyelidik luar, pegawai penyelidik dan rakan strategik.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membentangkan pencapaian CRES sepanjang tahun 2020 dan perancangan bagi tahun 2021. Di samping itu, bengkel ini dilaksanakan bagi menyokong misi UTM Envision 2025 iaitu agenda pendidikan nasional yang berfokuskan strategik utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ucapan pembukaan dan pengumuman telah dibentangkan oleh Dr Nurul Hana Binti Adi Maimun selaku Pengarah CRES. Terdapat enam (6) agenda yang dibincangkan semasa bengkel diadakan seperti; status semasa bagi sumber manusia, sumber kewangan, pencapaian 2020, sasaran 2021, Pelan Tindakan 2021 dan Petunjuk Prestasi Utama berdasarkan instrumen Higher Instituition Centres of Excellence (HICoE) dan MyRA.

Pencapaian CRES bagi tahun 2020 dinilai mengikut instrumen HICoE yang merangkumi beberapa bahagian termasuk perkhidmatan, jalinan kerjasama, penyelidikan, pengiktirafan dan impak dan sumber. Penilaian terhadap pencapaian CRES menunjukkan kejayaan yang membanggakan terutamanya di bahagian penyelidikan dan pengikitirafan dan impak.

Antara penyelidikan yang memberikan sumbangan signifikasi terhadap pencapaian pada bahagian penyelidikan ialah Artificial Neural Network Hedonic Model For Enhanced Local House Price Index Forecasting Accuracy iaitu kategori kebangsaan. Manakala pencapaian dibahagian pengktirafan dan impak telah memperolehi peratus markah tertinggi daripada semua bahagian iaitu 98% yang disumbangkan oleh maklumbalas kepuasan pelanggan dan peserta latihan professional serta bilangan pelanggan berulang menunjukkan pengiktirafan pihak luar terhadap perkhidmatan berkualiti yang diberikan oleh pihak CRES. Selain itu, program KTP ( Knowlwdge Transfer Program) melalui penganjuran program peningkatan sahsiah pelajar tahfiz yang bakal menduduki SPM , menerusi Program Kembara Tahfiz 2.0.

Program khidmat komuniti juga merupakan program yang menyumbang markah yang besar kepada bahagian pengiktirafan dan impak serta mendapat pengiktirafan iaitu penarafan 3 bintang daripada pihak UTM CCIN bagi program tersebut.

Selain itu, terdapat juga beberapa pencapaian yang membanggakan pada tahun 2020. Beberapa siri webinar tentang perkongsian kepakaran dan pengalaman yang ditayangkan melalui Saluran Youtube dan Facebook UTMCRES telah berjaya meraih jumlah kumulatif tontonan sebanyak 1578 orang penonton FB dan 634 orang penonton youtube live bagi semua video tahun 2020.

Selain daripada perkongsian secara media elektronik, UTM CRES juga telah berjaya menerbitkan sebuah artikel untuk siaran media cetak (Berita Harian) bagi berkongsi kepakaran berkaitan Penggunaan GIS dalam Melestarikan Sumber tanah. Sebuah jurnal elektronik kendalian CRES juga iaitu International Journal of Real Estate Studies (INTREST) telah berjaya meningkatkan bilangan penerbitan artikel bagi setiap keluaran tahun 2020 dan berjaya mendapatkan khidmat kepakaran penyelidik berprofil tinggi dalam bidang harta tanah bagi proses pewasitan dan sebagai Lembaga Editor INTREST.

Pencapaian tahun 2020, kekuatan dan segala sumber yang sedia ada diambil kira dalam merangka strategi tahun 2021. Faktor-faktor ini semua diselaraskan berdasarkan keperluan terhadap Instrumen HICoE agar segala perancangan adalah lebih berfokus dalam mencapai matlamat tahun 2021. Terdapat beberapa perancangan juga sudah disusun untuk tahun 2021.

Antaranya Projek Rejuvenasi Desa Bakti (ReDBAK), penganjuran latihan profesional, kolaborasi penyelidikan antarabangsa, penulisan berita bagi siaran media cetak dan elektronik dan sesi perkongsian kepakaran dan pengalaman melalui webinar. Selain itu, projek pembinaan pejabat baharu CRES di B12 dijangka siap pada pertengahan tahun 2021. Bengkel pelan strategik ini ditamatkan pada jam 5.00 petang.


Peserta bengkel

Perbentangan secara dalam talian

Penstrukturan pejabat CRES

Pelan pejabat CRES

Pembaikian pejabat

Pembinaan pejabat baru

Explore More