April 20, 2024

Search
Close this search box.

GIS WebTalk Siri 3 Anjuran FABU-IRDA Kongsi Ilmu Pengetahuan dan Penggunaan Sains Maklumat Geografi (GIS)

Johor Bahru, 26 Jan. – Kelab Geoinformatik, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) dan wakil Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah bekerjasama bagi menjayakan program “GIS WebTalk Siri 3”.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan pengetahuan dan penggunaan Sains Maklumat Geografi (GIS) di agensi-agensi berkaitan di Malaysia.

Ia juga secara tidak langsung meningkatkan kebolehpasaran pelajar, dengan melihat aspek dan isu bagi perlaksanaan GIS.

Untuk GIS WebTalk Siri 3 ini, penceramah yang telah bersama-sama memberikan input ialah Penyelaras GIS di IRDA, Gs Yazid Ahmat.

IRDA merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam merancang, mempromosikan, dan memudahkan pembangunan di Iskandar Malaysia.

Tajuk perkongsian pada siri ini adalah “GIS Implementation for Iskandar Malaysia Urban Observatory”.

Program GIS WebTalk Siri 3 ini telah dihadiri oleh lebih kurang 100 peserta, dengan fokus utama kepada pelajar-pelajar Sarjana Muda Sains (Geoinformatik).

Selain pelajar sarjana muda, terdapat juga penyertaan daripada pelajar-pelajar pra-siswazah daripada program lain, selain pelajar-pelajar pasca-ijazah, serta terdapat juga peserta daripada pihak industri.

Dalam program ini, pihak IRDA telah berkongsi berkenaan latar belakang IRDA serta pembangunan Iskandar Malaysia Urban Observatory (IMUO) dengan integrasi GIS dalam menjadi satu pusat data bagi IRDA.

Melalui GIS juga telah banyak membantu IRDA dalam memaparkan data-data lokasi untuk perancangan, seterusnya membantu membuat keputusan berkaitan perancangan dalam menarik syarikat dalam dan luar negara untuk melabur di rantau Iskandar Malaysia.

Diharapkan program ini akan membuka minda dan peluang terutama kepada para pelajar dalam memahami penggunaan aplikasi GIS di dunia sebenar.

Selain itu, program ini dapat meningkatkan hubungan kerjasama antara pihak UTM dan juga pihak IRDA.

Poster Program
Antara perkongsian dari pihak IRDA

Disediakan oleh : Sr Dr. Mohammad Zakri Tarmidi

Explore More