April 25, 2024

Search
Close this search box.

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DI UTM JOHOR BAHRU BERKUAT KUASA MULAI 7 DISEMBER 2020 HINGGA 20 DISEMBER 2020

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DI UTM JOHOR BAHRU BERKUAT KUASA MULAI
7 DISEMBER 2020 HINGGA 20 DISEMBER 2020

Pemakluman ini adalah berdasarkan pengumuman oleh  Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 5 Disember 2020 dan hebahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikeluarkan oleh Pejabat Hal Ehwal Korporat pada 6 Disember 2020  adalah dirujuk. Berikutan peningkatan lokaliti zon merah di daerah Johor Bahru dan sekitarnya, pihak Universiti sentiasa menambahbaik proses kemasukan staf ke dalam kampus dari semasa ke semasa.

  1. Staf Akademik

Seperti sedia maklum, merujuk kepada Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Akademik serta Aktiviti Penyelidikan di Kampus Semasa dan Pasca Tempoh PKP Semasa Pandemik COVID-19 yang dikeluarkan oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) pada 7 Jun 2020, aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara atas talian sehingga 31 Disember 2020. Ini bermakna staf akademik boleh bekerja secara Work From Home (WFH). Walau bagaimanapun, staf perlu membuat permohonan WFH melalui Portal Web UTM (my.utm.my) atau melalui aplikasi UTMSmart bagi membolehkan staf merekod kehadiran melalui GPS Check-In/ Out dengan turut merekodkan di dalam sistem iHadir. Staf akademik adalah tidak termasuk di dalam kiraan 25% WFH.

  1. Zon Merah

Staf boleh menyemak status zon masing-masing di aplikasi MySejahtera (menu Profile bagi menyemak sama ada Zon Merah atau sebaliknya) dengan mengambilkira radius 1 km (menu Hotspot bagi mengetahui bilangan kes COVID-19).

(i)         Jika tiada kes pada radius 1 km, staf boleh hadir ke pejabat seperti biasa.

(ii)        Manakala bagi staf yang berada pada kawasan yang mempunyai kes dalam radius 1 km, staf dikehendaki WFH. Staf tersebut tidak termasuk di dalam kiraan 25% WFH. Bagaimanapun, staf masih perlu membuat permohonan WFH melalui Portal Web UTM (my.utm.my) atau melalui aplikasi UTMSmart bagi membolehkan staf merekod kehadiran melalui GPS Check-In/ Out.

(iii)       Bagi staf yang berada di Zon Hijau atau Zon Kuning tetapi ada kes positif COVID-19 dalam radius 1 km, staf tersebut boleh hadir ke pejabat seperti biasa.

(iv)       Walau bagaimanapun ketetapan ini tidak terpakai kepada staf kategori perkhidmatan perlu (Essential Services), yang mana kehadiran mereka di UTM dibenarkan melalui permohonan di aplikasi UTMSmart (menu Staff Movement > Application > Essential Services). Ketua PTJ perlu memastikan pematuhan SOP yang ketat.

  1. Staf (yang bukan dari Essential Services) dari Mukim Zon Merah Yang diarahkan datang bekerja

Staf dari Mukim Zon Merah seperti perkara 2 (ii) di atas yang dikehendaki hadir bekerja oleh Ketua PTJ, perlu membuat permohonan hadir bekerja melalui aplikasi UTMSmart (menu Staff Movement > Application > University/ Department Special Assignment).

Ketua PTJ perlu memastikan PEMATUHAN SOP yang ketat dan bertanggungjawab terhadap sebarang RISIKO berkaitan arahan tersebut.

  1. Work From Home selain daripada Zon Merah

Bagi staf yang berada di Zon Hijau dan mempunyai masalah penjagaan anak berikutan taska dan sekolah ditutup dan perlu untuk WFH, staf dikehendaki mengisi permohonan WFH. Staf adalah termasuk dalam pengiraan 25% yang dibenarkan WFH. Walau bagaimanapun, staf diminta membuat penggiliran dari segi penjagaan anak bersama pasangan.

Ketetapan ini tidak terpakai kepada staf kategori perkhidmatan perlu (Essential Services).

  1. Deklarasi Kesihatan (HDF)

Staf yang memasuki kampus adalah dikehendaki mengisi Deklarasi Kesihatan (HDF) melalui UTMSmart. Tempoh sah laku perisytiharan HDF adalah empat (4) hari. Walau bagaimanapun, staf boleh membuat pembaharuan deklarasi bagi tempoh tiga (3) hari sebelum tamat tempoh bergantung kepada perubahan status zon dari semasa ke semasa. 

Sehubungan itu, HDF akan di ‘reset’ semula mulai 8 Disember 2020 dan staf dikehendaki membuat pengisian semula HDF selewat-lewatnya 9 Disember 2020.

  1. Pematuhan SOP di tempat kerja

Ketua PTJ perlulah memastikan SOP PKPB dilaksanakan sepenuhnya oleh setiap staf di tempat kerja. Unit OSHE PTJ perlu digerakkan untuk memastikan pematuhan SOP di PTJ dan kawasan dalam UTM.

  1. Pemakluman berkala

Sebarang perubahan tertakluk kepada pemakluman berkala dan SOP terkini daripada JPT, MKN dan KKM.

Semua warga UTM Johor Bahru adalah sentiasa diingatkan untuk mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan dan peka terhadap sebarang pemakluman rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Hal Ehwal Korporat

8 Disember 2020

FAQ on the latest CMCO (7 December 2020 – 20 December 2020) Implementation

Explore More