April 25, 2024

Search
Close this search box.

Bermula dari 23hb hingga 30hb September 2020, di kawasan sekitar kampus UTM Kuala Lumpur telah berlangsung satu karnival sukan yang dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar. Program ini telah mendapat sokongan penaja dari Badan Kebajikan Staf (BAKES), UTM Space, UTM Holding dan AHIBS.

Tujuh (7) acara yang dipertandingkan iaitu 90 Seconds Body Weight Challenges (Lelaki dan Wanita), Larian 7km Lelaki dan Perempuan (Veteran & Senior), 4x1km Relay (Lelaki & Wanita), Tenpin Bowling (Lelaki & Wanita) , SpartanFit Challenge Lelaki (Pasukan dan Individu) dan Menara Razak Challenges Veteran & Senior (Lelaki & Wanita). Laluan bagi larian yang meliputi laluan dalaman kampus sahaja dikira sebanyak 1km.

Bagi acara Menara Razak Challenge, semua peserta perlu mendaki tangga di Menara Razak selepas menyempurnakan larian trek 1km bagi perempuan manakala bagi lelaki trek 2km.

Acara Spartan Challenge pula mengambil kira masa peserta yang paling pantas menyelesaikan halangan halangan lasak yang telah direka khas oleh pihak penganjur. Bagi acara tenpin bowling pula diadakan di Gurney Mall, Reseidensi UTMKL.

Menara Razak Challenge
Tenpin Bowling Wanita
Menara Razak Challenge

Kesemua acara tersebut telah dibahagikan kepada 5 zon iaitu Zon Merah daripada PTJ HEP,Canselori, UTM International, UTM Holding, dan AHIBS, manakala Biru diwakili oleh Pejabat Pendaftar, Unit Keselamatan, Kuning pula diwakili UTM Digital,UPMU,ABM, bagi pasukan Hijau diwakili Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) dan Pejabat Harta Bina (PHB) dan Hitam pula diwakili UTMSpace.

Karnival ini bertujuan memupuk semangat kesukanan dan kebersamaan di samping mencungkil bakat bakat sukan yang ada pada setiap staf di UTM Kuala Lumpur seterusnya dapat membina gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan staf UTM.

Relay 4x1km Lelaki

Encik Nabil Hazwan bin Muhamad Hasim, Pegawai Belia dan Sukan/Pengerusi FitWell Carnival 2020 berkata, gaya hidup yang sihat penting untuk semua orang tanpa mengira peringkat umur.

“Tidak semestinya kita masih muda dan berasa cergas lalu tidak perlu mengamalkan pemakanan serta gaya hidup sihat,”

Larian yang bersemangat dari Peserta

Majlis penyampaian hadiah dan penutup telah disempurnakan oleh Pro Naib Canselor UTM Kuala Lumpur, Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin pada 6hb Oktober 2020 di Dewan Azman Hashim.

Semua aktiviti sukan tersebut adalah mengikut SOP Sukan dan Rekreasi yang dibenarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Explore More