April 25, 2024

Search
Close this search box.

MyJemaah – satu aplikasi yang berasaskan University Service Responsibility (USR) telah dibangunkan oleh syarikat hiliran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu AR Mechatronics PLT.  Kewujudan aplikasi ini adalah untuk memudahkan komuniti masjid dan surau dalam mematuhi tatacara operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang pengawalan wabak Covid-19 di Malaysia.

Aplikasi ini membantu dari segi proses pengurusan pendaftaran dimana para jemaah yang hadir untuk mengimarahkan masjid dan surau tidak perlu lagi beratur untuk menulis rekod kehadiran kerana mereka hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan dengan menggunakan telefon pintar.

Disamping itu, paparan dashboard atas talian aplikasi ini juga boleh ditadbir sendiri oleh pihak pengurusan masjid untuk membantu mereka dalam memantau rekod kehadiran pengunjung secara langsung tanpa perlu merujuk sumber lain.  Selain dapat memeriksa rekod kehadiran pada setiap waktu, pihak pengurusan masjid juga boleh mencetak jadual kehadiran jika diperlukan untuk tujuan semakan.

Berdasarkan Dr. Mohamad Hafis Izran, Pensyarah Kanan Sekolah Kejuruteraan Elektrik yang juga merupakan Pengarah syarikat hiliran UTM, idea ini tercetus setelah melihat kepada keperluan sistem yang mudah dan pantas untuk membantu para jemaah merekod kehadiran mereka dan dalam masa membantu pihak masjid untuk memantau rekod kehadiran tersebut.

Menurut beliau lagi, terdapat 51 buah masjid dan surau di negeri Johor, Perak, Kelantan, dan Pahang yang telah menggunakan aplikasi MyJemaah. Setakat ini, bilangan permohonan untuk menggunakan aplikasi ini juga semakin meningkat.

Penggunaan aplikasi yang digalakkan ini adalah percuma dimana para jemaah boleh memuat turun aplikasi ini di Android Playstore, Apple App Store, atau Huawei AppGallery.

Bagi pihak pengurusan masjid yang berminat untuk menggunakan sistem aplikasi ini di kariah masing-masing, sila mendaftar di myjemaah.ar-mechatronics.com

 

Rajah 1: Pendaftaran kehadiran yang lebih pantas dan mudah menggunakan aplikasi MyJemaah

 

Rajah 2: Pihak pengurusan masjid  mewar-warkan penggunaan aplikasi MyJemaah di kariah masing-masing

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajah 2: Pihak pengurusan masjid mewar-warkan penggunaan aplikasi MyJemaah di laman media sosial kariah masing-masing

Explore More