April 25, 2024

Search
Close this search box.

Kenyataan Berhubung Kes Kecurian Lembu di Kulai
26 Jun 2020

Kenyataan media Ketua Polis Johor yang disiarkan di dalam Facebook Polis Johor bertarikh, 26 Jun 2020, yang menyatakan tentang penahanan 8 individu disyaki terlibat dengan kes kecurian lembu, dimana salah seorang suspek merupakan staf UTM adalah dirujuk.

Pihak Universiti telah maklum akan perkara ini dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan siasatan lengkap terhadap kes ini.

Pihak Universiti tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana individu sekiranya didapati menyalahi undang-undang.

UTM amat kesal dengan kejadian yang dilaporkan dan semua staf UTM sentiasa diingatkan akan kesan dari tindakan melanggar undang-undang.

Pejabat Hal Ehwal Korporat
Universiti Teknologi Malaysia
26 JUN 2020

Explore More